Latest News

Monday 14 March 2016

Bagaimana Dengan Pemimpin Ragui Kesetiaan Ahli, Tak Perlu Keluar UMNO? - @MukhrizMahathir


Petang tadi YB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam tweet terbarunya mempertikaikan berita yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian, mengenai kenyataan KM Melaka Idris Haron yang mahu ahli UMNO meragui Presiden parti harus meninggalkan parti.

Tweet Mukhriz seperti ini,

"Bagaimana dengan pemimpin parti yang ragui kesetiaan ahli akarumbi yang soal integriti pemimpin? Tak perlu tinggalkan UMNO?"


Penulis faham maksud Mukhriz, beliau menyatakan takkanlah hanya ahli parti ragui Presiden saja yang kena tinggalkan parti. Bagaimana pula pemimpin parti yang ragui sokongan ahli akar umbi? Tak perlu tinggalkan UMNO?

Jika kita fikir sejenak, sebuah parti jika tiada akar umbi yang kuat, lama ke lamaan parti ini akan lemah.

Nak cari pemimpin mudah, kerana ramai yang mahukan jawatan. Tapi nak sokongan seikhlas hati ni bukannya boleh dapat dengan senang. Silap perhitungan, sokongan nanti hanya tinggal yang berbayar.

Apakah pucuk pimpinan UMNO boleh hidup tanpa sokongan akar umbi?
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bagaimana Dengan Pemimpin Ragui Kesetiaan Ahli, Tak Perlu Keluar UMNO? - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top