Latest News

Tuesday 15 March 2016

Menjawab AUTA Ketua Penerangan Umno Kedah


Menjawab AUTA Ketua Penerangan UMNO Kedah berkenaan isu DS Mukhriz dalam siri penerangan isu semasa disetiap bahagian.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul yang baru di lantik Dato Ahmad  Bashah menjadi Ketua Penerangan Umno Kedah dilaporkan  sedang giat memberi penerangan AUTA dengan memburukan Mantan Menteri Besar Kedah di setiap bahagian di Kedah..

Rujuk info grafik dibawah

Fakta :

A- Kehendak Najib

B- Patuh atas dasar Cash is King

C- Tahun 1996 Tan Sri Osman Aroff diganti disebabkan isu tanah kolam udang di Kerpan, Skandal Cayman dan tanah2 rizab seluruh Kedah diberikan kepada orang2 berkepentingan.

D- Diarah oleh Najib supaya tidak menyokong Mukhriz & didalangi oleh Azeez Rahim, Ghazali Ibrahim dan Mahadzir Khalid.

E- Dato Othman Aziz adalah seorang S/U yang bongkak & tidak menjalankan kerja beliau dgn baik kerana mempunyai pelbagai tanggungjawab lain.Hal parti diuruskan secara sambil lewa sahaja.Dia sendiri yg beberapa kali mencadangkan agar mesyuarat2 perhubungan UMNO Negeri supaya diadakan di KL,bukannya di Kedah.

F- Ahli Parlimen tunggu 3 tahun? Tunggu apa? Projekkah? Sedangkan AP mempunyai bajet sehingga 6juta setahun.

G- 6 bahagian tersebut adalah program rasmi kerajaan negeri iaitu Program Mesra Rakyat(PMR).Salah satu programnya ialah DSMM akan tidur di rumah keluarga angkat tanpa mengambil kira latar belakang politik mereka.

H- PM bengap? Sebenarnya ucapan DSMM itu ditujukan kepada CEO 1MDB kerana tidak menjawab setiap soalan yang diajukan kepada beliau. Tanya lain jawab lain (Rujuk YouTube SINI)

I- Sebenarnya Najib sendiri yang memutuskan hubungan dengan DSMM ketika Tun M mula menyerang Najib secara terbuka. Malah dalam mesyuarat MT pun, Mukhriz dilarang hadir tanpa sebab.

J- Umum sedia maklum bahawa DSMM telah mengeluarkan arahan bahawa tiada pembalakan baru dinegeri Kedah, walaupun hasil hutan adalah sumber utama kewangan Kerajaan negeri. DSMM lebih suka menumpukan kaedah lain untuk menjana pendapatan kerajaan negeri yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Pembangunan pula, DSMM telah mencadangkan 6 projek ikonik untuk menjana pendapatan negeri tapi malangnya tidak dibantu oleh kerajaan pusat.

K- Ketika konvensyen UMNO Kedah tahun 2015, lebih dari 70% aku janji BN seperti dalam manifesto BN Kedah telah terlaksana & dalam proses, perkara ini telah diterangkan sendiri oleh Peg Kewangan Negeri Kedah. Peruntukan untuk membina 1 litar lumba di Kedah pun belum ditunaikan oleh Najib walaupun MBI telah mencadangkan sebidang tanah miliknya utk dijadikan tapak litar tersebut
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Menjawab AUTA Ketua Penerangan Umno Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top