Latest News

Friday 11 March 2016

Benarkah Tun Dr Mahathir diPecat Dari Penasihat Petronas?



Benarkah Tun Dr Mahathir dipecat atau beliau sudah lama menyuarakan untuk meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas. Kalau mengiku berita dari Awani ni, sememangnya Tun sudah mengirimkan surat perletakkan jawatan sebagai penasihat Petronas, namun ianya ditolak oleh mereka. Kali ni mereka mengatakan sudah memecah Tun, sedangkan Tun sudah lama meletakkan jawatannya tu.

Baca berita dibawah,

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas berkuatkuasa Ahad.

Dr Mahathir berkata surat perletakan jawatannya itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

"Saya serahkan (surat letak jawatan) kepada perdana Menteri, dia (perdana menteri) lantik saya, kena bagi (surat) kat dia," katanya pada sidang media selepas jamuna makan tengah hari bersama delegasi luar negara yang menghadiri Forum Antarabangsa sempena Persidangan UMNO 2013.

Dalam sidang media itu, Dr Mahathir juga menegaskan beliau masih memegang jawatan sebagai penasihat Proton.

"Proton bukan (milik) kerajaan. Petronas (milik) kerajaan. Proton dimiliki oleh DRB-Hicom, milik Syed Mokhtar, kalau dia nak cerita masalah saya dengarlah" katanya lagi.

Dr Mahathir dilaporkan meletak jawatan sebagai penasihat Petronas atas nasihat doktor yang meminta beliau mengurangkan masa kerja di pejabat.
Mengulas prestasi Petronas, Dr Mahathir menjelaskan dia berpuashati dengan dengan syarikat petroleum negara itu kerana berjaya meningkatkan keuntungan setiap masa.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. nah cai..tun sikit pun x hairan dgn jawatan tu. kalau jawatan pm pun boleh dilepaskan..setakat penasihat petronas apalah sgt.Proton bukan milik kerajaan..kena faham tu..nanti dok pusing2 cerita pula.
    sebaiknya penasihat baru petronas bg pd puad zarkashi @ salleh said keruak..depa ni byk idea yg x disangka2..mgkin boleh dpt keuntungan berlipat ganda lg..ukhh!

    ReplyDelete

Item Reviewed: Benarkah Tun Dr Mahathir diPecat Dari Penasihat Petronas? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top