Latest News

Saturday 12 March 2016

Jika Sayang Patut Martabatkan Parti, Bukan Buat UMNO Makin diBenci! - Tan Sri Sanusi Junid



Kita jika sayangkan sesuatu perkara, kita tentu mahu ianya dimartabatkan, bukan dihina. Kalau kita biar parti kita dihina, dan sokongan pun kita kena bayar dan beli. Itu bukan cara yang baik.





- Itu bukan menjatuhkan kerajaan. Kerajaan itu bukan Perdana Menteri seorang. Kerajaan itu adalah Parti yang memerintah.

- Deklarasi Rakyat hanya minta PM turun, kerajaan tak runtuh. Kita dah banyak kali saksikan PM turun ....

- Ramai lagi dalam Umno yang layak jadi PM.

- Mungkin syarat pertama kalau nak jadi PM adalah - jika nak berhutang duit negara kenalah bawa berunding dan bawa berbincang dengan kabinet. Janganlah berahsia. Milik rakyat ni kita tak boleh buat rahsia. Kita kena buat cara terbuka. Kena ada musyawarah ...

- Kalau ada pertanyaan daripada orang, kita tak boleh upah orang suruh jawab. Kita kena jawab sendiri !

- Janganlah orang2 di atas ni duk menipu orang2 kampung dengan menakut2kan orang kampung supaya takut kat cina ni.

- Hebat sangatkah Lim Kit Siang tu ? Saya tak pernah nampak Lim Kit Siang tu hebat. Saya pun heran macamana satu parti Melayu takut kat seorang manusia cina !

- Dan manusia cina ini yang menjadi pembangkang dah berpuluh tahun ... tak pernah boleh duduk dalam kerajaan. Dia tak pernah bagi susah kita. Tak pernah dia suruh cadang supaya kenakan GST. Tak pernah dia cadangkan dalam parlimen supaya berhutang tak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam parlimen buat yang bukan2.

- Tapi cina yang patut kita meluat ni, cina macam Jho Low tu ... dan penyangak2 dan kawan2 dia yang lain itu, yang itu kita patut benci ( tapi ) yang itu pulak jadi macam orang baik. Kalau dia kena datang ke PAC, hak dia bercakap tu kena rahsia. Tak boleh beritahu kat orang, takut nampak buruk dia.

- Perkara PM turun ni, kalau dia nak turun, turun dalam pilihanraya.. Maknanya kena kalah Barisan Nasional, barulah PM ni nak turun. Kita tak mahu macam itu ! Kita tak mahu BN kalah !

- Malahan kita rasa akan kalah BN, Umno ni akan kalah kalau PM tak turun. Itu sebab kita minta dia turun .... kerana kita sayang kepada Umno. Nak pecat, pecatlah. ... hati kita tetap ada dalam Umno.

- Bukan duduk dalam Umno tapi mengkhianati Umno. Yang itu kita kata Sayang pada Umno ?

- Sayang Pada Umno adalah membuat supaya Umno ini dihormati oleh orang ! Negara ini dihormati oleh orang. Itu makna Sayang Pada Umno !

- Sayang Pada Umno ni bukan bermakna semua pemimpin yang dah berjasa kita maki... pasal menegur kesalahan kita.

- Yang baik hanya yang memuji kita ? Kemudian kalau yang nak puji kita tu pulak, kena diupah. Sedangkan orang lain tak payah upah pun dia boleh puji orang kalau dia nampak jasa.

- Kalau orang itu bercakap, kita kena selidiklah sedikit sebanyak latar belakang. Kadang2 yang bercakap tu kerana gaji dia, kerana jawatan dia, kadang2 kerana dapat untung daripada bercakap macam tu ... sedangkan yang penting sekali bagi kita ialah - Umno, negara dan orang Melayu ni selamat.

- Kalau kita kena bekerjasama dengan siapapun lah, untuk jaga supaya negara ini jangan jadi rosak .... maka kita bekerjasamalah.

Sumber dari SINI
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jika Sayang Patut Martabatkan Parti, Bukan Buat UMNO Makin diBenci! - Tan Sri Sanusi Junid Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top