Latest News

Saturday 12 March 2016

Saya Bukan Pengkhianat, Tapi Penyelamat - TSMY



DAMANSARA - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelantangan beliau bersuara dan penyertaannya dalam Deklarasi Rakyat kini bukan bererti untuk merosakkan partinya (Umno) sebaliknya ingin menyelamatkan Umno daripada 'karam'.

Katanya, pada pemerhatiannya 'kapal layar' Umno kini hampir ‎ tenggelam dek kerana nakhoda dalam kapal tersebut telah 'tersasar' daripada laluan yang sebenar.

"Saya jelaskan di sini langkah yang saya ambil kini (sertai Deklarasi Rakyat) adalah untuk menyelamatkan Umno dan kerajaan supaya keadaan tidak menjadi teruk dan esok mungkin kita akan kalah dalam pilihan raya.

"Sebab itu saya anjurkan satu deklarasi untuk menyelamatkan parti dan negara, jadi kalau dilihat di sudut itu saya bukan pengkhianatnya.

"Saya adalah penyelamatnya, supaya pemimpin Umno dan BN tahu keadaan kini teruk.

"Dan sekiranya Datuk Seri Najib tidak berhenti maka bebanan yang ditanggung itu akan ditanggung bersama oleh parti...parti akan ditolak oleh rakyat, itu sebab saya berani ke hadapan, walaupun saya tahu saya akan dicerca, jadi jika tiada ahli parti yang bersedia nyatakan yang hak, saya berani kerana bagi saya 'nyatakan benar walaupun pahit' sebab itu ubatnya," katanya ketika di wawancara Sinar Harian di Damansara hari ini.

‎Mengambil perumpamaan Umno kini sebuah kapal Titanic, Muhyiddin berkata jika sekiranya kapal itu akan berlanggar ‎maka beliaulah yang bertanggungjawab mengalihkannya.

"Jika kita berada dalam keadaan kapal Titanic yang hendak langgar bongkah batu di hadapan kita dan kita biarkan begitu akhirnya apa akan jadi seluruh kapal akan tenggelam.

"Jadi sepatutnya ahli Umno lihat saya hendak selamatkan keadaan bukan saya jadi pengkhianat untuk rosakkan parti tapi kalau mereka berdiam diri mereka akan terima balanya..tiada keberanian untuk hadapi realiti saya tidak begitu dalam sejarah perjuangan saya, tidak begitu," katanya. - SH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

5 comments:

  1. dalam kata lain, aku nak jadi pm...nak selamat dr apa?

    ReplyDelete
  2. sama sama penyamun kapal prirate harapan rakyat bunuh membunuh berlaku diantara peminpin

    ReplyDelete
  3. Muhasabah diri dulu..TSMY

    ReplyDelete
  4. Penyelamat apa? Penyelamat harta kamu?

    ReplyDelete
  5. najib turun pun zabidi yg ganti .. itu pasti
    TSMY sendiri tahu turutannya so ... bila masa itu sampai nanti adakah zahidi pulak yg jadi punching bag ??

    ReplyDelete

Item Reviewed: Saya Bukan Pengkhianat, Tapi Penyelamat - TSMY Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top