Latest News

Saturday 12 March 2016

Beli Sokongan, Bangga atau Hipokrit? - Pak Awang



Mulai dari hari ini, Pak Awang akan mula menulis mengenai politik Malaysia yang semakin sempit dan serabut.

Mengulas politik dengan cara pemikiran Pak Awang sendiri dan melihat sudut politik yang jarang orang lain lihat.

Hari ni nak mengulas mengenai 'Beli Sokongan'

Sebagai pemimpin, kita perlu sokongan orang bawahan untuk terus kukuh dan kekal memimpin. Jika kita mendapat signal bahawa kita tidak lagi disukai atau dipercaya oleh mereka diakar umbi, apakah kita masih berasa selesa dan senang duduk diatas singgahsana?

Paling lawak, bila ada pemimpin yang sanggup habiskan duit poket sendiri semata-mata nak beli sokongan orang bawahan bagi menyokong dirinya.

Buat himpunan konon menyokongnya, tapi dari bas hingga ke duit poket semuanya boleh claim dan diberi.

Apakah kita boleh berbangga jika mempunyai pengikut seumpama itu?

Jika tak diberi wang, maka takdak sapa nak turun tunjuk sokongan. Semuanya mesti ada bil dan claim, kalau tidak sokongan pun takdak, atau hilang.

Kalau dah sampai ke tahap itu, apakah relevan lagi seorang pemimpin untuk kekal memimpin?

Apa yang boleh kita bangga, kalau sampai orang yang nak sokong kita pun, kita kena bayar?

'Hanya Allah SWT yang maha mengetahui'


Cakap-cakap politik Oleh Awang Spanaq
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Beli Sokongan, Bangga atau Hipokrit? - Pak Awang Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top