Latest News

Wednesday 16 March 2016

Cuba Menyoal @NajibRazak, Dana 2.6Bilion Wartawan Ditangkap?


Video dibawah menyaksikan 4 orang wartawan asing, cuba untuk menyoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.


Presiden umno mengelak menjawab soalan dari wartawan berkaitan isu melibatkan dirinya.
Posted by Halim Tsas on Tuesday, March 15, 2016

Akibat dari perbuatan tersebut, mereka ditahan atas tuduhan menghampiri perdana menteri secara “agresif”.

Wartawan Linton Besser dan juruvideo Louie Egrolu dari saluran Australia ABC yang mahu ke Singapura enggan mengulas lanjut namun mendakwa tidak berdendam kepada Sarawak dan rakyatnya.

“Kami sayangkan Sarawak. Negeri ini cantik dan rakyatnya peramah,” kata Besser yang berharap dapat membawa keluarganya ke negeri itu satu hari nanti.

“Sudah tentu kami gembira pertuduhan terhadap kami digugurkan,” kata wartawan itu sebelum meninggalkan Malaysia.


“Tetapi saya tidak boleh mengulas apa yang berlaku. Saya mohon maaf. Saya wartawan biasa, saya mahu tetapi bukan saat ini,” katanya.

Ditanya adakah dia akan meneruskan laporan mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Besser berkata: “Tak tahu lagi. Kami mahu tinggalkan Sarawak dan tidak tahu rancangan selepas itu.”

Peguam mereka, Albert Tang berkata anak guamnya tidak harus ditangkap hanya kerana bertanya kepada perdana menteri.

“Apa salahnya? Saya melihat wartawan sentiasa melakukan perkara itu kepada menteri dan VVIP tetapi tidak ditangkap dan dituduh di mahkamah,” katanya kepada wartawan.

Sementara itu, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dua wartawan itu bebas kembali ke Malaysia sebagai pelancong.

Timbalan menteri dalam negeri berkata bagaimanapun mereka dikehendaki mematuhi peraturan sedia ada di Malaysia.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. kenapa lah bodoh sampai ke benak?.... nampak ker Najib arahkan supaya pois tangkap? tak derkan.... nampak tak polis menghalang sambil bertanya lu mau Apa neh? dengarkan?... dahlah kat mesjid.... pemberitahuan lain tak Tanya apapun... aleh2 dua ekor badut menyerbu.....tak ada etia an?.... polis tugasna melindungikan?..... mcm sial..... yg tu pun nak kata Najib takut....

    ReplyDelete

Item Reviewed: Cuba Menyoal @NajibRazak, Dana 2.6Bilion Wartawan Ditangkap? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top