Latest News

Wednesday 16 March 2016

@MukhrizMahathir Tak Bubar Dun Kerana Sayangkan Parti!



Mengimbas kembali detik-detik terakhirnya sebagai menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui beliau mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ini, katanya, dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan negeri yang menyatakan bahawa seseorang menteri besar masih boleh membubarkan DUN dalam apa jua keadaan.

“Pada saat-saat terakhir bila tahu tidak lagi menikmati kuasa majoriti, saya masih berhak bubar DUN.

“Apa agaknya berlaku kalau saya bubar? Dalam tempoh 60 hari, satu pilihanraya (akan diadakan).

“Saya ingat kita tahu kesudahannya, Tentunya kerajaan akan beralih sekali lagi dari BN ke pembangkang. Tapi saya tak melakukannya,” katanya ketika berucap pada sesi dialog yang diadakan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Puchong hari ini.

Menurut Mukhriz, beliau tidak berbuat demikian kerana sayang kepada Umno dan BN serta tidak tergamak untuk mengkhianati parti.

Ini, katanya di sebalik apa yang dilakukan sesetengah pemimpin parti yang mengaibkan terhadapnya. - Mkini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: @MukhrizMahathir Tak Bubar Dun Kerana Sayangkan Parti! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top