Latest News

Monday 21 March 2016

@MukhrizMahathir Dedah Apa Fungsi Tandatangan #DeklarasiRakyat


Dalam Sidang Media Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ketika di Pagoh, dalam majlis santai bersama beliau.

Dato Seri, ada menerangkan untuk apa dikumpul tandatangan borang Deklarasi Rakyat ini.

Baca penerangan Dato Seri mengenai fungsi tandatangan Deklarasi Rakyat.

"Apa yang kita kumpul sekarang ni ialah, bukan setakat jumlah saja, nanti kita akan mengesahkan bahawa, yang menandatangani ini memang betul-betul, rakyat Malaysia, perlu ada nama, nombor IC dan tandatangan, sebagai optionnya dia juga boleh letak, alamat email dan nombor telefonnya, supaya kita boleh terus berhubung dengan mereka."

Deklarasi bukan borang kosong,

"Ini bukan tandatangan kosong-kosong,yang satu orang boleh beberapa kali isi, tak. Kita nak (borang) ianya boleh disahkan, menunjukkan bahawa, perasaan atau keinginan untuk melihat Datuk Seri Najib berundur ini, adalah kehendak rakyat yang majoriti. Tapi kita buat tidak melalui pilihanraya umum, sebab kalau pilihanraya umum. Kita akan menaruh nasib parti kita. Jadi kita tak mahu, dalam proses menukar Perdana Menteri itu, kita tempuh PRU dulu, sebab silap-silap BN tumbang. Kita dah tahu awal-awal lagi." Sambung beliau..

Ini akan memberi tekanan kepada Najib,kata Dato Seri lagi.

"Cara itu menjadi tekanan kepada Datuk Seri Najib supaya undur, mungkin sempat atau tidak (kalau Najib undur), dalam masa 2 tahun ni untuk perbetulkan keadaan. Harap sangat-sangat rakyat boleh maafkan kita dan memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap BN." jelas beliau lagi.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: @MukhrizMahathir Dedah Apa Fungsi Tandatangan #DeklarasiRakyat Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top