Latest News

Thursday 10 March 2016

Najib Belanja RM1.5 Bilion Untuk PRU 13?


Sebuah blog milik Din Turtle telah memuat naik sebuah video ucapan Dato Seri Hj Mukhriz semasa perjumpaan bersama  ketua-ketua cawangan di Kelantan.

MENGEJUTKAN! pendedahan terbaru dari Mukhriz ketika bercakap dalam satu majlis bersama Ketua2 Cawangan dan ahli2 Umno sekitar Kota Bharu semalam.

Selama ini kita disajikan dengan cerita RM2.6 bilion dan Najib kononnya telah pulangkan RM2.03 bilion kepada penderma, maknanya Najib hanya belanja sekitar RM600 juta je.

Semuanya bersandarkan kepada angka 2.6 bilion. Itulah yang telah diterima oleh Najib ... tak lebih dan tak kurang.

Pernah tak terfikir yang Najib mungkin ada terima LEBIH DARIPADA 2.6 BILION ?

Boleh Sambung baca SINI

Petikan dari ucapan Mukhriz,

Saya terkejut apabila dalam satu perjumpaan Pengerusi2 Umno Negeri dengan Presiden Parti. Saya hadir sama dan semua Pengerusi Perhubungan pun ada sama. Dan ketika itu, bila saya tanya mengenai 2.6 bilion ini, Setiausaha Agong Ku Nan pula yang menyampok ( bila ) Presiden tak jawab, dia kata -

Sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13, dia kata .... kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang. Tapi dia kata dia tak bolehlah nak kata berapa banyak dia belanja.

Tiba2 Presiden menyampuk dia kata, saya boleh kata berapa kita belanja. Katanya pada PRU13, kita telah belanja 1.5 Bilion Ringgit !

1.5 Bilion Ringgit !

Saya terkejut bila saya dengar Presiden kata begitu, sebab saya kata .. 1.5 bilion dan kita kalah 7 kerusi Parlimen !? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12... zaman Pak Lah dulu.

Dan Ku Nan ni berkata, You tahu apa, you orang muda lagi... dia kata kat saya. Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah. Kita telah menyumbang daripada 4 kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita telah berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada Pas. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan Umno Kedah.

Saya duk fikir balik ..... 1.5 bilion, ke mana pergi duit itu ? Saya tak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu. Dan hasilnya tak berapa memberangsangkan. Dulu2 kita tak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang 2/3.

Satu lagi perkara, yang saya rasa pelik dan hairan .... 2.6 bilion yang dia terima katanya dari derma Arab ... kalau tolak 1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal 1.1 bilion Ringgit. Macamana dia boleh kata dia pulangkan 2.03 bilion balik kat Arab tu ?

Daripada 1.1 bilion naik jadi 2 bilion ? Benda tu saya ingat budak kecil pun boleh faham. .. yang angka2 ni semua tak betul.

Bohong punya bohong .. dah jadi bertimbun2, kita pun dah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebihkurang 100% tak betul!

Video ucapan dibawah,

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. RAKYAT MALAYSIA BARU 30 JUTA .KALU BAGI 1JUTA SEORANG RAKYAT BOLEH HIDUP SELESA.NAJIB PENGKHIANAT ANAK BANGSA.MAMPOS LAH NAJIB

    ReplyDelete

Item Reviewed: Najib Belanja RM1.5 Bilion Untuk PRU 13? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top