Latest News

Friday 4 March 2016

Najib Turun, BN Akan Kekal Berkuasa di Kedah Hatta Malaysia - @MukhrizMahathir



Dalam temubual semalam Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bersama wartawan Malaysiakini, antara topik perbincangan yang menarik ialah, topik adakah BN Kedah mampu kekal berkuasa?

Ini jawapan Dato Seri,

"Peluang BN untuk kekal sebagai Kerajaan di Kedah adalah tipis, kerana kerakusan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan, yang dirasai oleh rakyat Kedah sebagai, satu penindasan, jadi atas sebab itu, mereka merasakan bahawa UMNO/BN tidak layak mendapat sokongan rakyat, malah di Kedah ini, disebut-sebut mengenai, 'nak kaleh' seperti contoh bendera BN terbalik, ini datang dari rakyat sendiri secara spontan, bukannya gerakan tersusun dari mana-mana pihak, tapi rata-rata ianya berlaku dan saya bimbang dengan keadaan itu." kata beliau ketika disoal oleh wartawan semalam.

Ketika ditanya apakah harapan beliau untuk BN Kedah kekal sebagai Kerajaan,

Harapan Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ialah,

"Harapan saya ialah, jika boleh pucuk pimpinan mengalami transformasi seperti mana yang diharap-harapkan oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhannya. Itu akan menyelamatkan keadaan."

Maksud Dato Seri ialah, jika PM Najib letak jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO, InshaAllah, UMNO/BN mempunyai harapan untuk kekal berkuasa di Kedah hatta Malaysia sekaligus.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. RM2.6 Billion berapa keturunan pakai tak habis!!

    Lepaskan jawatan jer lah!!!

    ReplyDelete

Item Reviewed: Najib Turun, BN Akan Kekal Berkuasa di Kedah Hatta Malaysia - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top