Latest News

Monday 7 March 2016

Niat Jahat Portal Malaysia-Today - @MukhrizMahathir


Saya mendapati laman web www.malaysia-today.net telah memutarbelitkan kenyataan akhbar yang saya keluarkan mengenai Deklarasi Rakyat. Untuk rekod, yang saya nyatakan adalah:

1. Perlu difahami bahawa matlamat yg satu yg dipelopori oleh Tun Mahathir dan semua yg menandatangani Deklarasi Rakyat ialah agar DS Najib undurt sebagai PM. Tiada langsung niat utk menjatuhkan Kerajaan BN yg memerintah ketika ini.

Bagaimanapun, Malaysia Today telah mengubah dan menyiarkan kenyataan tersebut seperti berikut:

1. Perlu difahami bahawa matlamat yang satu yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan semua yang menandatangani Deklarasi Rakyat ialah agar Dato’ Seri Najib Razak undur untuk saya ambil alih jadi PM. Tiada langsung niat untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang memerintah ketika ini.

Tindakan laman web ini memutarbelitkan kenyataan saya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.


Mukhriz Mahathir
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Niat Jahat Portal Malaysia-Today - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top