Latest News

Wednesday 6 April 2016

Akibat Skandal PM Iceland Letak Jawatan


Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson mengumumkan meletakkan jawatan di tengah-tengah skandal ‘Panama Papers’.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap parti itu dalam satu kenyataan pada Selasa. Tindakan Gunnlaugsson dilihat sebagai mangsa pertama yang menerima akibat dari pendedahan dokumen kewangan ‘Panama Papers’.

“Perdana menteri telah memaklumkan kepada partinya pada mesyuarat kumpulan ahli-ahli parlimen yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan saya akan mengambil alih tugas-tugas beliau,” kata Timbalan Ketua Parti Progresif dan Menteri Pertanian Sigurdur Ingi Johannsson dalam satu siaran langsung televisyen.

Pada Ahad sebuah kumpulan gabungan media antarabangsa menerbitkan hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia.

Organisasi yang digelar Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) itu, mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia.

Organisasi yang berpangkalan di Washington itu berkata data diperolehi dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Akibat Skandal PM Iceland Letak Jawatan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top