Latest News

Saturday 16 April 2016

Artikel Tun: NASIHAT NAJIB



“Perhimpuan jalanan bukan caranya. Jangan mengambil jalan keluar dengan mengadakan demonstrasi dan kempen tandatangan, gesa PM. ”

1. Saya berasa terima kasih kepada PM atas banyak kata-kata mutiara yang beliau curahkan kepada rakyat.

2. Ya, kita semua harus mengelak perhimpunan jalanan dan kempen tandatangan.

3. Jadi, apa yang patut kita lakukan? Kita sepatutnya melaporkan kepada pihak polis.

4. Kemudian polis akan memanggil anda (dan peguam anda) untuk disoal siasat, menahan kedua-dua anda dan mendakwa anda di bawah SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas) kerana keganasan.

5. Bagi laporan polis yang anda dibuat, Peguam Negara akan menolaknya oleh sebab beliau kelihatan bukan sahaja seperti seorang pendakwa raya tetapi beliau juga seorang hakim. Dia boleh mendakwa anda di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana membocor rahsia. Kemudian anda akan didapati bersalah dan jika beliau ada jalannya, anda boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

6. Akta Rahsia Rasmi, saya percaya, ianya adalah untuk menghukum sesiapa yang membocor dokumen-dokumen pentadbiran Kerajaan mengenai dasar-dasar, kertas-kertas Kabinet dan cukai.

7. Akta tersebut adalah untuk menghalang maklumat daripada dipergunakan oleh individu-individu, syarikat-syarikat atau Kerajaan-Kerajaan asing bagi kelebihan mereka.

8. Ianya bukanlah bertujuan untuk menyimpan rahsia jenayah-jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai, pekerja-pekerja atau individu-individu. Jenayah-jenayah sebegini haruslah dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa sahaja yang mengetahuinya. Perbicaraan-perbicaraan jenayah harus menyusuli.

9. Tetapi Peguam Negara seolah-olah berfikir bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan adalah rahsia Kerajaan yang sepatutnya disembunyikan dari mata awam. Sesiapa yang melaporkan jenayah-jenayah ini akan didakwa kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.

10. Saya ingin mendengar Peguam Negara menyatakan dengan mutlak bahawa jenayah seperti menyalahgunakan dana-dana Kerajaan adalah rahsia Kerajaan yang perlu dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Penjelasan untuk perkara ini adalah penting kerana Peguam Negara ditugaskan untuk menghantar kes-kes ke mahkamah untuk pengadilan. Dengan itu orang awam akan faham mengapa beliau menolak laporan oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mengapa beliau tidak membenarkan kandungan laporan-laporan tersebut dilihat oleh sesiapa pun. Dan juga penulis-penulis laporan nampaknya tidak dibenarkan untuk bercakap mengenai laporan-laporan tersebut.

Sumber: http://chedet.cc/?p=2058
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Mana perginya Wang rakyat RM30bilion sewatu pemerintahan Tun?..kenapa tiada siasatan SPRM.? Petronas jadi mangsa siapa yea?

    ReplyDelete

Item Reviewed: Artikel Tun: NASIHAT NAJIB Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top