Dalam tulisan terbaru Ayahanda Tun, beliau mempersoalkan jawapan-jawapan dari 1MDB yang banyak penipuan dan kesalahan. Malah beliau sangsi dengan syarikat yang ditubuhkan atas nama sama, tapi hanya mengunakan syarikat tersebut untuk melabur entah ke mana.
1MDB Jawab
1. Banyak soalan telah dijawab oleh 1MDB. Tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercayai.
2. Hari ini 1MDB menjawab kenyataan akhbar yang dibuat oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) bahawa IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment PJS (Aabar) yang didaftar dibawah undang-undang Abu Dhabi dan UAE, bahawa Aabar BVI (British Virgin Islands) bukanlah dari kumpulan mereka. Juga IPIC dan Aabar mengesahkan bahawa mereka tidak pernah terima bayaran dari Aabar BVI, dan mereka juga membuat pengakuan terhadap sebarang tanggungan (liabilities) bagi pihak Aabar BVI (seperti yang dinyatakan oleh 1MDB).
3. 1MDB menjawab bahawa dalam kenyataan terbuka yang diaudit pada 31.03.2014 menunjuk rekodnya telah dibayar kepada Aabar BVI.
4. Segala kenyataan oleh 1MDB tidak pernah disokong oleh dokumen apa-apa. Ini termasuk pemulangan wang dari Kepulauan Caymans yang kononnya di simpan di BSI Singapura. Kemudian BSI berkata tidak ada wang berkenaan yang disimpan oleh 1MDB dengannya. Lantas 1MDB menjawab simpanan itu bukan berbentuk wang tetapi berbentuk “unit”. Tidak ada penjelasan atau dokumen nilai sesuatu unit dan jumlah unit. Jelas bahawa dakwaan ini adalah satu pembohongan.
5. Kononnya dari RM2.6 billion RM2.3 sudah pulangkan kepada “penderma”. Tetapi wang (atau unit) ini telah dibekukan. Kalau dah beku, bagaimana dan bila wang ini dicairkan dan dipulangkan kepada “penderma” yang tidak boleh dikenalpasti. Hakikatnya semua kenyataan 1MDB dan A.G. juga tidak boleh dipercayai.
6. Aabar BVI didapati bukanlah Aabar anak syarikat IPIC. 1MDB kerap mengguna nama syarikat lain supaya dipercayai orang. Demikian apabila terdapat sebuah syarikat Amerika yang bernama Blackstone Group, maka sebuah syarikat di Hong Kong pun diberi nama “Blackstone Asia Real Estate Partners” supaya difikir syarikat ini ada kaitan dengan syarikat Blackstone Group di Amerika. Blackstone Group dilapor menafikan bahawa “Blackstone Asia Real Estate Partners” mempunyai kaitan dengannya.
7. Laporan dalam buku-buku 1MDB tidak boleh dipercayai sama sekali. Jika laporan media asing adalah fitnah dan tidak berasas, tuduhan saman malu boleh dibuat terhadap media berkenaan di negara mereka. Tetapi walaupun media asing ini membuat bermacam tuduhan terhadap Najib, seperti melapor Najib rasuah, Menteri Kewangan yang terburuk didunia, memiliki RM 2.6 billion dalam akaun peribadi yang datangnya dari 1MDB, Najib tidak pernah bertindak saman malu terhadap WSJ atau Sarawak Report atau Washington Post dan lain-lain. Jika dakwaan mereka tidak berasas kebenaran saman malu oleh Najib bukan sahaja akan menghasil ganti rugi berjuta dollar tetapi dakwaan buruk terhadapnya akan berhenti. Tidak adanya saman malu oleh Najib mengesahkan tuduhan mereka adalah benar.
8. Kerana semua dakwaan pihak asing tidak menarik tindakan undang-undang maka penafian 1MDB yang dipimpin oleh Najib tidak dapat diterima sama sekali.
9. Demikian juga bahagian-bahagian dalam laporan PAC yang berasas kepada kenyataan 1MDB bahawa Najib tidak terlibat dengan segala salahlaku, tidak boleh diterima. Lagipun sebagai PM dan Menteri Kewangan serta Penasihat kepada 1MDB, membiar pegawai dibawahnya membuat berbagai keputusan berkenaan berbillion dilabur, dipindah, diberi pinjam, dihilangkan menunjuk sikap tidak mengambil berat terhadap wang Kerajaan yang begitu banyak. Najib tidak menjalankan tanggungan fiduciary dengan bertanggungjawab. Ini adalah satu kesalahan besar walaupun laporan PAC menuding jari ke arah Shahrol Azral Ibrahim Hilmi sepenuhnya. Sementara tindakan terhadap Shahrol perlu diambil, tindakan terhadap penasihat 1MDB yang mewakili Kerajaan tidak boleh diketepikan.
Ini semua kerana supaya boboi dia dapat jadi PM. Anak yang daddykasi bukan dedikasi.
ReplyDeleteYA LAH JWN ANDA JE YG BETUL MAHAZALIM, DIKTATOR, KUKU BESI...TAH APA LAGI...
ReplyDelete