Latest News

Saturday 30 April 2016

Mukhriz buat kejutan, suntik semangat Kedah




MANTAN Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir membuat kejutan hadir meluangkan masa bersama pegawai dan pemain Hijau Kuning di Hotel Holiday Villa, dekat sini pada tengah hari tadi.

Kehadiran Mukhriz yang mahu menyemarakkan semangat Hijau Kuning bagi berhadapan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Larkin malam ini nyata mengejutkan kontinjen Kedah.

Tiada sebarang ucapan yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Kedah itu namun beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada semua pemain semasa bersalam dengan semua pemain.

Beliau turut meminta pemain bermain dengan sepenuh hati malam ini dan berusaha sedaya upaya untuk membawa Kedah layak ke perlawanan akhir Piala FA 2016

Berita dari Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Inilah pemimpin pilihan rakyat Kedah!

    ReplyDelete
  2. Malangnya Kedah tidak ke final. Leka di hujung aksi membawa bencana. Amanat bekas presiden tidak berkesan. Cuba lagi Kedah dengan aksi Piala Malaysia & Liga Super. Jangam buat kejutan lagi ye, takut team Kedah kena sawan.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Mukhriz buat kejutan, suntik semangat Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top