Program Bicara Isu-isu semasa bersama Tun Mahathir , Dato Seri Shafie Apdal dan Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir di Napoh Jitra malam tadi mendapat sambutan hangat dari rubuan rakyat Kedah terutama di Kawasan Jitra sendiri.
Tepat jam 9 malam kehadiran ketiga-tiga pemimpin negara ini disambut dengan penuh semangat dengan nyanyian lagu-lagu patriotik sebelum program bermula tepat jam 9 malam.
Dato Seri Mukhriz memulakan ceramah dan penerangan tentang punca beliau digugurkan dan masalah berkenaan skandal 1MDB serta 2.6Bilion. Tayangan video tentang isu ini juga disiarkan.
Dato Seri Shafie Afdal pula mengulas mengenai masalah 1MDB dan penguguran beliau dari kabinet.
Dan akhir sekali Tun Mahathir pula berceramah, tepukan gemuruh dan kehadiran yang begitu ramai membuatkan Tun M terharu.
Program selesai tepat jam 11.35 malam dan tentunya kehadiran Tun M dapat mengubat rindu rakyat di Kubang Pasu yang mana beliau pernah menhadi ahli Parlimen dan Ketua Bahagian selama 22 tahun.
Oranng berbudi kita berbahasa......
ReplyDelete