Latest News

Tuesday, 5 April 2016

@NajibRazak Perlu Bersihkan Nama Malaysia Secepat Mungkin!!


Pak Awang nak mengulas sikit pasal isu akhbar antarabangsa yang dok tulis tentang PM kita si Najib tu. Tun Dr Mahathir dah senaraikan 53 akhbar atau berita dari negara luar yang menulis tentang skandal 1MDB dan 2.6B.

Dulu Najib nak saman World Street Journal (WSJ) yang berpengkalan di US. Tapi tak jadi apabila katanya WSJ berselindung disebalik 'Speech Art', undang-undang untuk kebebasan media.

Tapi kini dah dah berpuluh media dari serata negara menceritakan tentang 1MDB dan 2.6B malah ada laporan akhbar yang mendakwa Najib dan Rosmah shopping hingga RM60 juta. Apakah akhbar-akhbar tersebut kebal?


Najib dan Rosmah perlu buat sesuatu untuk bersihkan nama negara. Sampai bila kita harus biarkan nama negara busuk akibat tulisan dan laporan dari akhbar asing ini.

Jika benar Najib dan Rosmah tidak bersalah, sila bertindak, rakyat Malaysia mahukan kebenaran.

Menafikan skandal tanpa mengambil apa-apa tindakan, umpama merelakan diri mereka dipermainkan akhbar dan media asing.

Jika ini berterusan, nama negara kita akan tercemar dan pelabur luar juga tidak lagi yakin integriti kerajaan Malaysia dibawah parti BN?

Nak ka jadi macam tu?


Tulisan - Pak Awang
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: @NajibRazak Perlu Bersihkan Nama Malaysia Secepat Mungkin!! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top