Latest News

Sunday, 24 April 2016

Rakyat perlu sedar kepentingan deklarasi - Mukhriz



KOTA BHARU - Rakyat seharusnya sedar betapa pentingnya deklarasi yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berundur dari tampuk pemerintahan negara.

Ketua Umno Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pelbagai keraguan timbul yang menggugat kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri terutama melibatkan dana RM2.6 bilion yang didakwa sebagai derma dari kerajaan Arab Saudi.

“Wang tersebut dikatakan datang dari kerajaan Arab Saudi, tetapi tiga hari lepas negara berkenaan mengumumkan kekurangan wang dan terpaksa meminjam sebanyak 10 bilion dollar dari bank asing.

“Logik ke sebuah kerajaan yang terpaksa menanggung sejumlah hutang sebanyak itu bermurah hati memberikan sejumlah kepada perdana menteri dari negara asing,” katanya ketika berucap dalam satu majlis khas di rumah Ketua Pemuda Cawangan Umno Biah di sini, hari ini.

Beliau berkata, atas dasar itulah, desakan pengunduran tersebut perlu dilakukan bagi menyelesaikan semua kemelut yang melanda dan dihadapi rakyat ketika ini.

Menurutnya, tidak keterlaluan jika dikatakan, ahli Umno sendiri berada di dalam dilema, berikutan terlalu sayangkan parti.

“Masalah yang dihadapi kini bukan dari kita sendiri, bukan kita yang wujudkan, bukan kita juga yang membelanjakan wang begitu banyak dan bukan kita juga yang buat masyarakat antarabangsa pandang hina pada kita.

“Sekarang ini banyak situasi yang menggambarkan Malaysia bagaikan negara yang begitu mundur sekali, seolah-olah tidak ada perundangan dan sistem. Sedangkan sebelum ini kita dikenali sebagai sebuah negara yang berjaya dan pesat membangun,” katanya.

sumber : sinar harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Rakyat perlu sedar kepentingan deklarasi - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top