Latest News

Wednesday, 27 April 2016

Saya Terus Bongkar - @MukhrizMahathir



ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan terus membongkar isu-isu berkepentingan rakyat termasuk salah laku pemimpin tertinggi parti.

Katanya, perkara yang didedahkan menjurus kepada kepincangan Umno kerana mahu selamatkan parti itu daripada terus menjadi mangsa kerakusan segelintir pemimpin.

“Pendedahan terbaru pasti ada setiap kali turun jelajah seluruh negeri, anda tunggu dan lihat,” katanya yang akan berada sepentas dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, membicarakan isu-isu semasa Selamatkan Malaysia, pada 28 April di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, Jitra.

Mukhriz berkata, pemimpin yang kini dilabel sebagai Team B Umno akan melontarkan pandangan alternatif berhubung apa yang sedang berlaku dalam negara.

“Rakyat Kedah yang mahukan jawapan tentang situasi sebenar apa yang berlaku dalam negara bolehlah hadir. Saya nak ajak rakyat Kedah termasuk ahli Umno dan pembangkang datang dan dengar sendiri apa yang akan kami dedahkan, termasuk isu-isu Kedah,” katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyifatkan tindakan pemimpin Umno yang menyertai siri jelajah Deklarasi Rakyat memecah belahkan parti, Mukhriz sebaliknya mempertikaikan kenyataan itu dan meminta Ahmad Bashah merujuk kepada krisis Menteri Besar Kedah, Januari lalu.

“Sebelum gerakan menjatuhkan saya sebagai menteri besar, Umno Kedah tidak berpecah. Usaha menggantikan saya dengan Ahmad Bashah itulah yang jadi penyebab parti berpuak-puak di peringkat akar umbi,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah selepas membuat lawatan rasmi ke kompleks Jabatan Agama Islam kedah (Jaik) semalam berkata, deklarasi berkenaan adalah tindakan ahli Umno yang tidak tulen.

Katanya, jika mereka tidak setuju dengan presiden atau parti, mereka boleh keluar dari parti.

“Mereka mahu pertukaran perdana menteri, tunggu PRU akan datang, tidak perlu bertindak dari sekarang,” katanya. - SH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. 2x5 bahlol...yg ko nak tukar MB tggulah PRU..pasai apa hang buat skrg. salah org nampak..sendiri buat nak p lempaq tang mana. .tkat 2 tahun ni ja jd MB..pru 14 bye2..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Saya Terus Bongkar - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top