Penamaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kesilapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, Ahmad Zahid tidak sesuai untuk menggantikan Najib kerana beliau tidak popular dan ditolak oleh kebanyakan rakyat negara ini.
"Apabila namanya disebut (tersilap) sebagai pengganti berpotensi Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid.
"Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak berbuat apa-apa," ujar Mahathir dalam blognya hari ini.
Sebelum ini, salah seorang panglima perang Mahathir, Datuk Seri Zaid Ibrahim, menyebut bahawa Zahid mungkin menjadi pengganti Najib.
Zaid mempertahankan kenyataan beliau dalam cubaan untuk mendapatkan sokongan Umno dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berhasrat mahu mendesak Najib berundur dari jawatannya.
SUMBER
Mahathir fly kite. Sekarang masa untuk beribadah. Anda takkan menang dalam hal ini. Anda hanya mentimun tua..... Biar orang lain yang berkaitan dengan hal ini teruskan. Kalau tak ada cerita macam ni kita rakyat biasa tak seronok baca blog macam ni. Hanya PRU saja boleh menentukan, LET NAJIB RULE NOW....
ReplyDeleteKi ki ki ki
ReplyDeleteTk payah ada pm lagi baik lew.klu semua tk betul.tubuh kn syistem beraja balik.agong jadi pemerintah.betul tak TUN.