Latest News

Monday 11 April 2016

Ultras Kedah difitnah terlibat dengan insiden memalukan



Ada beberapa siri kejadian yang melibatkan penyokong Kedah. Antara kumpulan penyokong tegar hijau kuning ialah Ultras Kedah 09 (UK09). Mereka dituduh melakukan beberapa perkara yang tidak sepatutnya.

Benarkah mereka atau kumpulan mereka terlibat?

Baca kenyataan media dari pihak Ultras Kedah.


Kenyataan Media
.
Bismillah. Assalamualaikum wbt.

KENYATAAN RASMI UNTUK BEBERAPA KEJADIAN KEBELAKANGAN INI.

1. Umum mengetahui secara terbuka kami telah menolak untuk satu perjumpaan dengan Tuan Presiden KFA.

2. Sejak dari itu, dilihat ada beberapa kejadian yang telah berlaku untuk sedaya upaya mengaitkan dan memburukkan imej Ultras Kedah.

3. Bermula dari perlawanan menentang Sabah, 2 orang komrad kami telah ditahan untuk disoal siasat pada malam sesudah perlawanan, sebelum akhirnya dilepaskan setelah terbukti mereka tidak bersalah atas pertuduhan.

4. Penahanan mereka dipercayai atas pertuduhan menyalakan suar dan beberapa pertuduhan lain, namun ternyata ianya tidak benar dan bukan dari kelompok kami. Gambar yang diperolehi oleh beberapa jurugambar jelas membuktikan bukan dari pihak kami.

5. Insiden terbaru semalam, melibatkan perlawanan Liga menentang Pulau Pinang. Kami menafikan dengan sekeras-kerasnya kaitan kami dengan insiden itu. Kami mengutuk si pelaku yang melakukan itu dan muncul untuk bertanggungjawab.

6. Percubaan untuk mengaitkan Ultras Kedah dalam beberapa insiden jelas seperti ada unsur untuk sabotaj dan kami menyelar tindakan itu.

7. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa 'printscreen' dari pihak pro Tuan Presiden secara terang-terangan menyerang pihak kami dialam maya tanpa usul periksa.

8. Untuk pihak yang menuduh kami dengan pelbagai tohmahan, kami alukan anda untuk membuat laporan kepada pihak berwajib untuk tindakan yang sepatutnya.

9. Jangan hanya hebat dialam maya menuduh tanpa bukti kerana ia jelas seperti tin kosong. Kami tidak sesekali akan goyah dengan tuduhan dan provokasi murahan itu.

10. Komitmen kami jelas, akan teguh berdiri, bersorak dan setia bersama pasukan negeri Kedah kami yang tercinta. Terima kasih.


‪#‎BerjuanglahSejiwaMurni‬
‪#‎TekunBeraniSesungguhHati‬
‪#‎SaveBolasepakKedah‬
‪#‎KedahSerataRata‬

●ULTRAS KEDAH 2009 OFFICIAL
●Ahad / 10 April 2016 / 2 Rejab 1437H

Nak tau apa itu Ultras Kedah?

Tonton video dibawah,





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ultras Kedah difitnah terlibat dengan insiden memalukan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top