Latest News

Sunday 22 May 2016

'Filem 1MDB boleh menang Oscar'



Dengan gaya sinis bersahajanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, sebuah filem berdasarkan drama yang menyelubungi 1MDB boleh dihasilkan.

Kata beliau filem itu boleh memaparkan pelbagai tokoh serta lokasi di seluruh dunia yang terlibat dalam isu agensi pelaburan milik penuh kerajaan itu.

"Red Granite boleh (melabur) dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang Oscar," katanya dalam kemas kini terbaru blognya.

Red Granite Pictures adalah syarikat penerbit dan pengedar filem berpangkalan di AS dan diasaskan oleh anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.


Antara filem yang dihasilkan syarikat itu ialah Wolf of Wall Street arahan Martin Scorsese dan dilakonkan oleh ramai pelakon terkenal termasuk Leonardo DiCaprio, Jonah Hill dan Matthew McConaughey.

Komen Dr Mahathir itu dibuat ekoran kenyataan terbaru Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang mengakui berlaku penipuan dalam agensi berkenaan.

"Akhirnya penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia diakui benar oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

"Arul mengaku akan kegagalan 1MDB membayar US$1 billion (RM3.9 bilion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB," katanya.

Rakyat jadi bingung

Menurut bekas perdana menteri yang mentadbir selama 22 tahun itu banyak lagi yang perlu dijelaskan ekoran pengakuan Arul Kanda itu.

"Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua," kata beliau.

Antara yang perlu dijelaskan, kata Dr Mahathir ialah berkenaan "juruaudit yang dibuang", pelaburan bernilai AS$1 bilion dalam syarikat kerjasama 1MDB dan Petro Saudi dan aliran wang ke Cayman Islands dan yang "tidak balik ke Malaysia tetapi ke Singapura yang menjelma jadi unit".

"Sesungguhnya negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB. Rakyat yang sukar memahami berapa besarkah satu juta, sekarang mencuba menggambar banyak manakah satu billion, dan empat puluh dua billion.

"Bagaimanakah wang berbillion boleh ke sana ke sini sehingga akhirnya berada dalam akaun peribadi Najib?

"Rakyat menjadi bingung dengan cerita-cerita wang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia.

"Dicerita pula pembiayaan pengeluaran filem lucah dengan ratusan juta ringgit yang dibuat oleh anak tiri Najib.

"Waah! Banyaknya duit. Dari mana datangnya? Mudah. Duit keluarga. Rupa-rupanya multi-milionaire Melayu sudah lama ada," katanya.



Sumber : Malaysia Kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. laknat betui tua kutuk x sedar diri. Suh kita benci kat Israel..laknat ni tulis Surat ucap tannish kpd Ehud Mubarak mint a bantuan..Nak hadapi pilihanraya. Tahun 1999..dia tipu kaw kaw orang Islam di Malaysia...MUNAFIK besak...kalo x caya cuba buka blok traunungkite...terenganu kita..DAJJAl betul...

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh...kita tunggu cai jawab..

    ReplyDelete

Item Reviewed: 'Filem 1MDB boleh menang Oscar' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top