Latest News

Wednesday 17 August 2016

Terkini : Ahli Parlimen Langkawi Kata Agong Adalah MO1 , Seluruh Adun Pembangkang Kedah Kecam #SidangDunKedah



KENYATAAN MEDIA Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bersama Adun Pembangkang yang lain.

1. Kami, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah mewakili pihak pembangkang, amat terkejut dengan dakwaan Ahli Parlimen Langkawi, YB Dato' Ir Nawawi Ahmad di laman Facebook miliknya bahawa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) adalah sebenarnya Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, dan bukannya Dato' Seri Najib Tun Razak.

2. Beliau telah membuat kesimpulan ini kononnya setelah mentafsir Perlembagaan Persekutuan.


3. Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab, tidak rasional sama sekali, dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak Kedah yang bergelar "Yang Berhormat Ahli Parlimen". Tidak ada seorang pun Rakyat Malaysia yang mempercayai dakwaan yang tidak lojik itu.

4. Kami dengan tegas menuntut agar Nawawi segera insaf dan memohon sembah keampunan daripada Yang DiPertuan Agong atas tuduhan itu kerana ianya telah mencemar nama baik Kebawah Duli Tuanku dengan mengaitkan Baginda dengan skandal mega 1MDB seperti yang diumum oleh pihak DOJ.

5. Selain itu, kami mendesak agar Nawawi juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah berusaha untuk menipu Rakyat bahawa kononnya Najib Razak bukannya MO1 yang dimaksudkan oleh DOJ. Segala butiran serta sifat-sifat yang dikaitkan dengan MO1 seperti yang disenaraikan oleh DOJ mengukuhkan dakwaan bahawa Najib Razak adalah MO1. Tiada putar belit konco-konco dan jentera propaganda Najib, termasuk kenyataan Nawawi tersebut, boleh meyakinkan Rakyat bahawa Najib bukan MO1 yang dimaksudkan.

6. Kami mendesak agar Najib Razak menghentikan semua penipuan yang menjelekkan, segera undur sebagai Perdana Menteri, sekaligus menamatkan kemelut dan krisis yang membelenggu negara.

Tarikh : Rabu, 17 Ogos 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Terkini : Ahli Parlimen Langkawi Kata Agong Adalah MO1 , Seluruh Adun Pembangkang Kedah Kecam #SidangDunKedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top