Latest News

Tuesday 2 August 2016

'Tuduhlah, kecamlah, makilah, salah tetap salah'



Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan bahawa beliau membuat laporan kepada Amerika Syarikat (AS) mendakwa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyalah guna kuasa dan melesapkan dana kerajaan.

Dakwaan itu muncul selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) AS memfailkan saman untuk menyita pembelian aset AS$1 bilion yang didakwa menggunakan wang yang didakwa “dicuri” daripada 1MDB.

“Saya tidak buat apa-apa laporan. Tetapi jika saya buat laporan pun, hanya kerana itu kesalahan Najib tidak akan menjadi tidak salah.

“Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah.

“Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah,” katanya.

Saman DOJ itu hasil daripada siasatan berterusan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan DOJ sendiri melalui Inisiatif Perolehan Aset Kleptokrasi (KARI).

Menurut New York Times, bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sepatunya bertemu dengan FBI pada September lalu tetapi beliau dihalang ke luar negara.

Khairuddin telah membuat pelbagai laporan berkaitan 1MDB di pelbagai negara, sebelum ditangkap atas tuduhan mensabotaj ekonomi dan ditahan bawah Akta Pencegahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma.

Beliau menuntut dibicarakan dan dibebaskan dengan ikat jamin selepas mahkamah mendapati pertuduhan padanya tidak tertakluk bawah akta itu.

Sumber : malaysia kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 'Tuduhlah, kecamlah, makilah, salah tetap salah' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top