Latest News

Monday 19 September 2016

Mukhriz jangka pemimpin Kedah pula keluar Umno


Lebih ramai pemimpin Umno bahagian dijangka keluar parti, kali ini di Kedah.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata "sebilangan" pemimpin bahagian memaklumkannya beliau bahawa mereka sudah tidak lagi mampu bersabar, dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Umno.

"Dan cara mereka keluat parti adalah mengumumkan pada mesyuarat (perwakilan bahagian) tahunan," kata Mukhriz kepada pemberita di Puchong malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau menjangka ada pemimpin bahagian Umno Kedah yang akan meninggalkan parti itu susulan pengunduran dua veteran parti dari Johor semalam.

Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing.

Ini berlaku sehari selepas pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.

Mukhriz berkata, walaupun sesetengah mereka akan meninggalkan Umno dengan pengumuman secara terbuka semasa mesyuarat perwakilan masing-masing, ada yang memilih untuk tidak menghebahkan tindakan mereka itu.

"Sesetengah mereka tidak bersedia untuk menimbulkan konflik pada majlis seperti itu, jadi mereka menyokong kita tetapi kekal dalam Umno.

"Ataupun mereka meninggalkan parti secara senyap dan bukan seperti cara yang terbuka," katanya.

Mukhriz berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh kumpulan pemberontak Umno, Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) untuk memperkenalkan BERSATU.

Turut berucap pada ceramah itu adalah aktivis belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam ucapannya Syed Saddiq menekankan kepentingan penyertaan belia pada pilihan raya, dan menggesa mereka untuk mendaftar sebagai pengundi.

Beliau berkata, kurang daripada separuh golongan muda yang layak mengundi di Malaysia adalah pengundi berdaftar.

Artikel dr malaysia kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mukhriz jangka pemimpin Kedah pula keluar Umno Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top