Latest News

Saturday 29 October 2016

Dato Seri Mukhriz Rasmi Pejabat Bersatu Bahagian Jerai


Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir semalam telah merasmikan Pejabat Bersatu Bahagian Jerai. 

Pejabat baru ini terletak di Jalan Guar Chempedak -Alor Star berhadapan Station Bas Guar Chempedak. Sebelum perasmian dibuat, Dato Seri Mukhriz bersama penggerak utama PPBM Bersatu Jerai bersama-sama membaca Yasin sempena pembukaan ini.

Dalam ucapan perasmian, Dato Seri Mukhriz turut mengingatkan seluruh ahli agar terus bersemangat menguatkan parti dan jangan ada agenda peribadi seperti mahu merebut jawatan. 

Diakhir majlis, pihak PPBM Bersatu Jerai telah menyerahkan lebih 1000 borang keahlian parti yg dikutip dalam masa sebulan. Penduduk Jerai yang ingin mendaftar keahlian boleh terus ke Pejabat ini.








  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dato Seri Mukhriz Rasmi Pejabat Bersatu Bahagian Jerai Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top