Latest News

Friday 4 November 2016

Air mata menitis dalam pertemuan Hasmah-Azizah




Isteri perdana menteri keempat Tun Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini mengunjungi Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.

Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut hadir, berkata pertemuan itu sungguh menyentuh perasaan.

Malah, katanya, air mata turut berguguran dalam pertemuan dua sahabat lama itu – sebelum suami mereka menjadi seteru politik.

Sebelum ini, suami mereka – dua tokoh politik negara – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan politik tanah air apabila mereka kembali bersalaman selepas 18 tahun bermusuh.

Kedua-dua pemimpin itu kini berkongsi pendirian politik untuk menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Harian News 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Terer Najib. Yang bergaduh pun dia boleh satukan. Hebat hebattt..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Air mata menitis dalam pertemuan Hasmah-Azizah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top