Latest News

Tuesday 22 November 2016

"I Came Back Because I Love You" - Luah Tun M Pada Tun Siti


Selepas viral dialog Siti Hasmah yang risaukan suaminya, Tun Mahathir ketika Bersih 5.0 pada Sabtu lalu, kini kisah pertemuan cinta antara dua ikon itu pula dikongsi seterusnya menjadi viral.

Kisah itu diceritakan oleh Adam Mukhriz - individu yang sama berkongsi dialog Tun Siti Hasmah yang viral baru-baru ini.

Menurut Adam, beliau teringatkan kembali kisah itu kerana ia juga berlaku dalam hujan, sama seperti dialog Tun Siti Hasmah baru-baru ini.

Di perkongsian FB itu, Adam Menulis:


--------------------

Baru teringat kisah cinta Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah pun ada kena mengena dengan hujan.

Tun Dr. Siti Hasmah : "Pada tahun pertama saya gagal, dia nak ajar saya fizik secara percuma, jadi rapatlah, ketika itulah saya mula rapat dengannya"

Beliau meluahkan perasaan beliau kepada Bonda Tun Dr Siti Hasmah dalam hujan ...

Mereka pergi ke suatu tempat, kemudian Tun Mahathir menghantar Tun Siti ke stesen bas.

Tun Dr Siti Hasmah

Disitu, Tun Mahathir nampak Tun Siti dalam hujan apabila dia sudah berlalu pergi terus kembali ke

"Why you came back (Kenapa kamu datang balik?)? U are wet! (Kan dah basah)" Kata Tun Siti Hasmah

Tun Dr Mahathir membalas: "I came back because I love you(Saya datang balik kerana saya cintakan awak)"

Itulah kali pertama Tun Mahathir luah perasaannya.

Tun Mahathir sanggup tunggu sehingga Tun Siti tamat belajar . Kesetiaannya tak berbelah bagi.

Artikel Siakap Keli 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: "I Came Back Because I Love You" - Luah Tun M Pada Tun Siti Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top