Latest News

Monday 26 December 2016

KENYATAAN RASMI PPBM BERHUBUNG KEDUDUKAN KETUA SRIKANDI


26 Disember 2016

1. Berhubung isu kedudukan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ingin saya menjelaskan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM masih belum menubuhkan sayap Srikandi. Menurut Perkara 21 Perlembagaan PPBM, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidangkuasa MPT.

2. Justeru, kedudukan Puan Anina Saadudin yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya timbul. Beliau kekal sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kegiatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi.

3. MPT akan menubuhkan Sayap Srikandi dalam masa terdekat setelah segala proses dan prosedur dalaman parti dipatuhi. Srikandi adalah sayap parti yang penting dan oleh yang demikian pemilihan Ketua Srikandi hendaklah dibuat secara teliti setelah pandangan semua pihak diperolehi.

4. Adalah diharapkan ahli-ahli PPBM terutamanya Srikandi dapat bertenang, merapatkan barisan dan meneruskan usaha untuk mengukuhkan parti demi perjuangan menyelamatkan Malaysia.


BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH

DATUK DR SHAHRUDDIN MD SALLEH
Setiausaha Agung PPBM
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. ANJING2 UMNO MEMANG BUSOK!!!

    KAKI SAMUN DAN KAKI PUKOL ORANG!!!

    ReplyDelete

Item Reviewed: KENYATAAN RASMI PPBM BERHUBUNG KEDUDUKAN KETUA SRIKANDI Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top