Latest News

Wednesday 21 December 2016

Mengapa Saya Tak Balik Jaga Cucu - Tun Dr Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini menjelaskan mengapa beliau tidak berkelakuan seperti apa yang dijangkakan daripada seorang lelaki yang berusia 91 tahun.

Ini susulan bidasan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz awal hari ini yang berkata zaman Mahathir, bersama-sama dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sudah berlalu dan menasihati mereka supaya supaya ‘balik jaga cucu’.

"Ada orang marah oarng tua berumur lebih 90 tahun tidak melakukan perkara yang sepatutnya seperti berehat, bermain dengan cucu dan menyediakan diri sebelum mati.

"Ya, saya tidak melakukannya walaupun pada usia 90 tahun. Ini bukannya pilihan saya.

"Saya menyahut rayuan pelbagai kumpulan rakyat Malaysia bagi saya melakukan sesuatu," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Menurutnya, ketika Najib mula berkuasa, terdapat aduan daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan sama ada dasar ekonominya, slogan 1Malaysia, dasar luar atau tidak lagi meneruskan Dasar Ekonomi Baru.

Mahathir berkata, beliau menyampaikan aduan berkenaan kepada Najib tetapi tidak berhasil. Ini disusuli pula dengan skandal 1MDB.

"Pada masa itu, saya merasakan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan Najib. Negara ini kehilangan banyak wang.

"Saya maklumkan kepada Najib saya tidak dapat menyokongnya lagi. Kemudian saya memutuskan untuk meletakkan jawatan daripada Umno.

"Sekarang ini bukan lagi tentang orang ramai mahu saya melakukan sesuatu. Sekarang saya merasa perlu untuk menghalang Najib daripada merosakkan terus negara ini," katanya.

Mahathir mendakwa Najib telah membelakangkan undang-undang dan institusi negara tidak berupaya mengekangnya.

Walaupun tuduhan rasuah skandal 1MDB Mahathir berkata Najib adalah tidak terjejas dan merancang untuk mengambil lebih multi-bilion pinjaman ringgit untuk Keretapi Pantai Timur, KL-Singapura Kereta Api Berkelajuan Tinggi dan Pan-Borneo Highway.

Mahathir mendakwa negara tidak mampu menanggung beban hutang ini dan bakal terjerumus menjadi bankrap atau terpaksa menjual lagi aset negara, yang katanya, sudah berlaku seperti penjualan Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia dan Edra Energy.

"Dengan keadaan yang berlaku ini, adalah sukar untuk warganegara berusia 90 tahun ini untuk hanya duduk diam dan bermain dengan cucu.

"Ya, saya sedang membuat persediaan untuk akhirat tetapi Alhamdulillah, saya masih ada masa untuk melakukan perkara-perkara lain.

"Dan perkara-perkara lain yang saya boleh lakukan adalah untuk memberikan sedikit idea bagaimana untuk mencegah negara ini terus dimusnahkan oleh Najib," katanya.

Najib telah menafikan sebarang salah laku dan menuduh Mahathir mahu menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai perdana menteri. - Mkini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Dalam negara ini apakah Tun M sahaja kah yang ada boelh menyelamatkan negara? Rakyat dan lain-lain pemimpin tu BUTA dah kah?

    ReplyDelete

Item Reviewed: Mengapa Saya Tak Balik Jaga Cucu - Tun Dr Mahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top