Latest News

Thursday 26 January 2017

Malaysia kini di ambang perang?


SIK- Implikasi daripada pelaburan di antara Malaysia dan China didakwa bakal mengheret negara ini dalam konflik peperangan yang sama seperti di Timur Tengah.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, China menggunakan pelaburan sebagai satu bentuk penjajahan alaf baru.

"Negara seperti Sri Lanka, Pakistan dan Afrika yang terhimpit dengan konflik perang, keadaannya sebelum itu sama dengan Malaysia ketika ini. China membina pelabuhan ataupun lapangan kapal terbang dengan kos besar hingga tanggungan hutang itu tidak terbayar oleh sesebuah negara.

"Akhirnya diambil alih dan kemudian dituntut macam-macam. Pelabuhan yang sepatutnya untuk perdagangan tiba-tiba kapal tentera yang melabuh," katanya kepada Sinar Harian selepas tamat program Dialog 'Nasib Peneroka' di Felda Teloi Timur, semalam.

Tambahnya, China juga didakwa menjadikan pelaburan di negara ini untuk menguasai Selat Melaka.

"Selat Melaka sangat penting, niat negara China sebenarnya adalah untuk mengawal dan kuasainya dan Malaysia hanya menjadi kuda tunggangan," katanya.

Menurutnya, tindakan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah peribadi dengan membawa masuk pelaburan dari China mendedahkan negara kepada perebutan kuasa -kuasa besar.

"Dasar kerajaan Malaysia daripada dahulu adalah berkecuali, kita adalah anggota aktif dalam Gerakan Negara-Negara Berkecuali dan tidak memihak kepada Barat, China atau Rusia.

"Sebelum ini Malaysia berada di tengah-tengah yang boleh berurusan dengan semua pihak, tetapi sekarang ini kita terang-terang cenderung kepada China dan itu mengundang bahaya,"katanya.

Mukhriz berkata, Libya antara contoh mangsa perang disebabab perebutan kuasa besar.

"Contohnya Libya yang banyak menerima pelaburan dari China dalam loji minyak contohnya, akhirnya terjebak dalam kancah peperangan.

"Perkara pertama Amerika lakukan apabila masuk ke Libya adalah bom semua loji-loji minyak dibina China, lebih daripada 40, 000 pekerja China dihantar pulang. Bayangkan jika perkara sama berlaku di Malaysia dan situasi itu bagi saya tidak mustahil berlaku," katanya.

Mukhriz berkata, BN sebenarnya dalang kepada perpecahan yang menggugat kedaulatan negara

"Sambil-sambil Umno menuduh kita kononnya ingin menyerahkan kuasa kerajaan kepada DAP tetapi dalam sama merekalah yang membuka pintu seluas-luasnya kepada negara asing.

"Dalam masa sama jangan ada orang salah paham dengan segaja lontarkan fitnah dan timbulkan rasa marah kerana kita kononnya anti negara China, bukan begitu tetapi ia berkaitan Najib yang gadaikan negara," katanya. - SH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Malaysia kini di ambang perang? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top