Latest News

Wednesday 25 January 2017

Pakatan Untuk Menjadikan Saya PM Tak Berasas! - @MukhrizMahathir



#Video Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memperjelaskan bahawa tuduhan yang dibuat Tengku Sariffuddin (Setiausaha Akhbar Perdana Menteri) serta Tunku Abdul Aziz, kononnya Ayahanda Tun M mahu mengangkat beliau menjadi Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali.

Pada mulanya Tengku Sariffuddin telah menuduh kononnya Ayahanda Tun berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang bagaimana mahu mengangkat Dato' Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Kemudiannya yang terbaru Tunku Aziz telah menuduh kononnya Ayahanda Tun berpakat dengan Lim Kit Siang supaya Dato' Seri Mukhriz dilantik sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tuduhan yang dibuat kedua-dua individu terbabit adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat tentang perjuangan sebenar Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mahu menyelamatkan Malaysia dari kerosakan yang dibuat kepimpinan sekarang agar dilihat sebagai perjuangan untuk kepentingan peribadi.

Video ada dibawah,

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pakatan Untuk Menjadikan Saya PM Tak Berasas! - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top