Latest News

Sunday 15 January 2017

PPBM ganti parti yang sudah usang - Tun Mahathir


SHAH ALAM - Kewujudan Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertujuan untuk menggantikan sebuah parti politik usang.

Perkara itu disuarakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa, Umno telah menjadi sebuah parti kleptokrasi.

"Umno menjadi penindas ke atas rakyat, mendera tanpa sebab, menangkap dan memasukkan dalam tahanan serta menghadapkan mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah.

"Parti ini juga sedang dan telah menjual wilayah-wilayah negara sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan terasing dari negara," katanya sempena pelancaran Bersatu di Stadium Malawati di sini.

Menurutnya, Bersatu ditubuhkan sebagai menyahut teriakan rakyat yang mahu diselamatkan dari kleptokrasi pemerintah kini.

"Tidak ada satu usaha lebih mulia daripada usaha Bersatu bersama rakan-rakan kita usahakan untuk membasmi kemungkaran Umno dan BN," jelasnya.

Mengakui terlalu tua, Mahathir berkata, usianya yang panjang memberi peluang untuk melihat sendiri pergolakan dan nasib bangsa di negara ini.

"Saya pernah bertuan penjajah di negara ini sendiri. Perasaan terhina menyelubungi diri apabila terpaksa bertuankan orang asing yang menjajah negara.

"Ya. Melayu memang lemah dan mudah lupa. Tetapi kesedaran mendatangkan kekuatan yang tidak dimimpikan berada kepada mereka," ujarnya.

Laporan Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PPBM ganti parti yang sudah usang - Tun Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top