Latest News

Sunday 29 January 2017

'Srikandi PPBM dalam proses'


ALOR SETAR - Sayap Bersatu, iaitu Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ditubuhkan secara sah, manakala Srikandi masih dalam proses penubuhan secara rasmi.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, walaupun kedua-dua sayap ini sudah wujud malah aktif menjalankan aktiviti, namun atas isu teknikal, hanya Armada disahkan penubuhannya.

“Kedua-dua sayap ini sudah wujud dan sah, cuma dalam perlembagaan parti ada prosesnya dan menjadi isu teknikal. Armada sudah melalui proses kelulusan peringkat Majlis Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi, hanya Srikandi belum,” katanya.

Mukhriz berkata demikian apabila ditanya kesahihan kedua-dua sayap parti itu, susulan beberapa pihak mempersoalkan lantikan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas kedudukan Anina Saadudin yang dirujuk sebagai Ketua Srikandi menjadi kecoh.

“Mudah sahaja tubuhkan sayap wanita ini (Srikandi), selepas prosedur dalaman parti dipatuhi dan dibentang dalam mesyuarat akan datang kerana proses sama dengan Armada, kecuali umur dan jantina,” katanya.

Mukhriz berkata, Syed Saddiq adalah Ketua Armada yang sah di mana lantikannya mengikut perlembagaan parti malah barisan exco pemuda juga dibuat lantikan sah.

Mengulas pelantikan Mohd Aizad Roslan sebagai Timbalan Ketua Armada, di mana mendapat bantahan Majlis Belia Negeri Kedah kerana Mohd Aizad masih memegang jawatan Presiden selain Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mukhriz mencabar pertubuhan itu kemuka klausa yang membolehkan Mohd Aizad disingkirkan.

“Tunjuk pada saya klausa dalam perlembagaan MBM jika seseorang itu aktif politik yang tidak memihak pada parti pemerintah, adakah dia boleh diambil tindakan disiplin. Seingat saya tiada, sebelum ini pun pimpinan MBM dianggotai wakil yang sokong parti lawan,” katanya.

Artikel sinar harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 'Srikandi PPBM dalam proses' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top