Dalam satu temubual Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dengan Malaysiakini Dato Seri disoal mengenai perihal isu negara kita dengan Korea Utara.
Dibawah ialah komen beliau,
"Saya ingat sampai boleh mengesyaki membunuh warganya di negara kita sendiri, ini sudah menyalahi undang-undang kita, kemudian mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya. Walhal kita mestilah mematuhi undang-undang yang ada dalam negara ini. Apa yang saya ingat pihak polis kita lakukan, ialah untuk memenuhi, kedaulatan undang-undang negara kita ini.
Tak sepatutnya dia (Korea Utara) campur tangan sampai begitu sekali, saya kira ini boleh mengakibatkan, hubungan diplomatik diantara kedua-dua negara ini, Korea Utara dan Malaysia, jadi lebih renggang. Walhal Korea Utara bukan banyak kawan sekalipun, kita antara beberapa negara saja yang, boleh membuka kedutaan disana, bila perkara seperti ini berlaku, kita rasa sangat-sangat terguris la hati.
Dalam perkara itu, saya fikir Kerajaan Malaysia mesti tegas, mengambil tindakan yang sewajarnya, supaya kedaulatan negara kita ini terpelihara."
0 comments:
Post a Comment