Latest News

Monday, 27 February 2017

Skandal Rasuah Johor - Syed Saddiq


Dalam keadaan sekarang di mana ekonomi negara kita masih tidak stabil dan salah guna kuasa berleluasa, kita dikejutkan lagi dengan berita penahanan beberapa individu yang terlibat dengan kes rasuah yang melibatkan anak EXCO dari UMNO dll.

Apa yang saya boleh simpulkan daripada penahanan individu-individu ini ialah;

1. Disaat anak-anak muda Bumiputera bergelut dengan hutang untuk membeli rumah pertama mereka tetapi mereka ini dengan sewenang-wenangnya menyeleweng dengan menukarkan status rumah bumiputera kepada bukan bumiputera. Ini menyukarkan lagi anak anak muda bumiputera untuk mendapatkan rumah pada harga mampu milik kerana harga-harga rumah ini akan melonjak naik, berada di luar kemampuan mereka.

2. Duit-duit denda yang dikenakan pada pemaju yang patut digunakan untuk tujuan kemudahan di kawasan perumahan juga telahpun diseleweng dan ini bermakna sebahagiannya lagi masuk ke dalam poket mereka sendiri.

3.Mereka juga didakwa bersekongkol dengan penjawat awam Pejabat Tanah Johor dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain dalam menurunkan premium tanah yang telah diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian, ini menyebabkan Kerajaan Negeri kerugian berjuta-juta ringgit.

4.Antara barangan yang dirampas daripada enam suspek adalah 21 kenderaan termasuk sebuah Bentley biru, Mercedes Benz G-Class, Range Rover dan lima motosikal termasuk Harley Davidson dan BMW. RM500,000 dalam pelbagai bentuk mata wang juga dirampas dan 45 akaun bank yang dimiliki oleh enam suspek, dengan RM15.5 juta dalam akaun, dibekukan.

5.Apakah pendirian Pemuda Umno berkenaan skandal rasuah Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan? Jangan hanya berdiam diri, membutakan mata melihat rasuah berleluasa dihadapan mata.

Mungkin sebelum ini mereka lantang memperjuangkan hak-hak Melayu, kini tidak lagi.

Malah terus-terusan membisu dan membiarkan nasib orang Melayu ditindas.

Mereka yang sepatutnya melindungi hak-hak bumiputera kini mereka sendiri yang mencabuli hak-hak bumiputera.

Dimanakah laungan Hidup Melayu?

Selagi orang Melayu tidak sedar akan budaya rasuah yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri, selagi itulah kita akan ketinggalan jauh di belakang.

Perkara pokok harus diselesaikan dahulu untuk kita bersama langkah ke hadapan.

Syed Saddiq
Ketua ARMADA PPBM
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Skandal Rasuah Johor - Syed Saddiq Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top