Latest News

Monday, 6 March 2017

Agong dukacita rasuah, maklumat bocor terus berlaku


PARLIMEN Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita terhadap para penjawat awam yang melakukan jenayah rasuah, selain mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.

"Beta dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat terperingkat kerajaan termasuk penjawat awam dan bekas penjawat awam," kata baginda.

Seri Paduka menyampaikan ucapan semasa perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 hari ini.

Sultan Muhammad V berkata, walaupun perbuatan itu dilakukan oleh segelintir pihak sahaja, namun ia telah menghakis kepercayaan rakyat.

"Justeru, Beta mengalu-alukan tindakan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran," kata baginda. - MKINI




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Agong dukacita rasuah, maklumat bocor terus berlaku Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top