Latest News

Wednesday 1 March 2017

Apa yang Najib Tawarkan Pada Arab Saudi? - @MukhrizMahathir


Sebagaimana dijangkakan, jentera propaganda PM Najib yang terdiri daripada penulis blog upahan dan seorang Profesor Madya sebagai pelengkap syaratnya, tekun sekali berhujah kononnya lawatan Raja Salman bin Abd Aziz Al-Saud ke KL mengesahkan bahawa wang berjumlah RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib sememangnya derma daripada seorang Putera Arab Saudi.

Setiap peluang untuk bergambar direbut bagi menunjukkan betapa akrabnya hubungan Najib dengan Raja Arab Saudi itu. Tanpa segan silu, Najib mengambil kesempatan untuk berselfie walaupun perbuatan itu tidak sopan dan melanggar protokol diraja. Sekeping foto itu, yang tidak sepatutnya dirakam oleh seorang ketua kerajaan bersama seorang raja ketika itu, menunjukkan betapa terdesaknya beliau mahu memulihkan imej yang sudah tercela.

Sedang Najib ghairah mengeksploitasi lawatan Raja Salman demi keuntungan politiknya dan untuk berhelah, rakyat tertanya-tanya kenapa Raja Arab Saudi membisu tentang perkara itu. Cukup menghairankan Raja Salman, tidak komen sepatah pun mengenai skandal rasuah dan pengubahan haram yang dianggap paling besar dalam sejarah moden, meskipun pengakuan-pengakuan Najib sebelum ini telah mengaitkannya dengan Keluarga Diraja Arab Saudi.

Mustahil Raja Salman tidak tahu mengenai hal yang sangat luar biasa serta tuduhan jenayah yang sebegini serius. Baginda semestinya sedar akan implikasi lawatan rasmi ini, yang cuba digunakan Najib bagi membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak bersalah. Padahal, Amerika Syarikat yang merupakan sekutu rapat Arab Saudi, menganggap Najib tidak lebih dari seorang kleptokrat. Justeru, tanpa penjelasan daripada Raja Salman, maka wajarlah rakyat Malaysia merumuskan bahawa wang yang begitu banyak sekali diberikan kepada Najib adalah cubaan untuk campur tangan dalam urusan negara kita. Sayugia diingatkan, walau apapun terjadi, kita sentiasa menghormati kedaulatan Arab Saudi.

Tanpa sebarang penjelasan daripada Raja Salman mengenai perkara ini, maka timbullah persoalan; adakah Najib telah menawarkan sesuatu yang tidak mampu ditolak oleh Arab Saudi? Adakah ianya berkaitan dengan tindakan ketenteraan Arab Saudi di Yemen? Setakat mana penglibatan Malaysia di dalam perang di Yemen yang diketuai Arab Saudi itu? Apa pula implikasinya terhadap keselamatan anggota tentera di medan perang itu dan tindak balas yang boleh mengancam keselamatan rakyat di tanahair?

Adakah kita harus menganggap kesemua wang itu bukannya dari 1MDB disebabkan Raja Salman terus membisu mengenai berbilion ringgit yang dikatakan derma kepada Najib? Walaupun begitu, persoalan-persoalan yang dibangkitkan sebelum ini masih perlu dijawab.

Adalah diharapkan warganegara Malaysia yang tidak bersalah mendapat pembelaan yang mereka harapkan — andainya bukan melalui penjelasan daripada Raja Arab Saudi yang merupakan Pelindung Masjidil Haram di Kota Suci Mekkah dan Masjid Nabawi di Kota Madinah, setidak-tidaknya sebagai permulaan, oleh mahkamah di tidak kurang dari lima negara.

Sudahlah gagal meloloskan diri, Najib semakin terbenam di dalam lumpur di dasar lubang yang dia gali sendiri, meruntun pula bersamanya baginda Raja Arab Saudi.

Mukhriz Mahathir

----------------------------/// English ///------------------------------

As expected, PM Najib's propaganda machinery comprising of paid bloggers and a token Professor Madya are spinning that the visit to KL by His Majesty Saudi King Salman bin Abdul Aziz Al-Saud serves as an affirmation that the RM2.6 billion which landed in Najib's personal bank account was indeed a donation by a Saudi Prince.

Every photo opportunity was taken to portray the friendly relationship Najib has with the King. Najib shamelessly jumped at the chance for a rather undignified Royal protocol breaking selfie. Just that one picture, as unbecoming of a head of government to impose on a visiting monarch, showed how far he would go to repair a much-damaged image.

While Najib was very busy exploiting the King's presence for political mileage and to deceive the people; the question that lingers in the Rakyat's mind is why the Saudi King has not mentioned anything at all about it. What is considered the most scandalous case of corruption and money laundering in the history of the modern world to which Najib's own admission has directly implicated the Saudi Royal House has shockingly escaped mere comment by His Majesty.

It is impossible that the King is unaware of these extraordinary circumstances and serious criminal allegations. Surely His Majesty understands the implications of this visit to which Najib is desperate to portray as a vindication. To be clear Najib is deemed nothing more than a kleptocrat by the Saudi’s great ally the United States. Thus, devoid of explanation by His Majesty it is only fair that Malaysians assume the obscene sums of money given to Najib was an attempt to interfere in our nation’s affairs. Mind you we have always respected Saudi’s sovereignty despite it all.

The absence of any explanation on this matter by the King begs the question did Najib make the Kingdom of Saudi Arabia an offer they couldn't refuse? Has it anything to do with Saudi Arabia's military action in Yemen? What is the extent of Malaysia's involvement in the Saudi-led war on Yemen? What implications will this have to the safety of our troops in that theatre of war and the blowback to the security of our people back home?

Therefore, should we accept that the monies did not come from 1MDB by virtue of King Salman's continued silence regarding the ridiculous billion ringgit so-called "donation" to Najib? If so all the above questions remain valid.

Hopefully the innocent citizens of Malaysia will eventually get the justice they yearn for - if not by a clarification from the Saudi King, Custodian of the Two Holy Mosques then by the court of law in at least five jurisdictions for starters.

Far from any form of exoneration, Najib has dug himself into a deeper hole this time by dragging in the King of Saudi Arabia into this quagmire.

Mukhriz Mahathir

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Apa yang Najib Tawarkan Pada Arab Saudi? - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top