Latest News

Wednesday 1 March 2017

Pembahagian Kerusi PPBM - @MukhrizMahathir



PPBM telah menyiapkan kajian pembahagian kerusi pilihanraya yang komprehensif dengan menggunakan kaedah penelitian yang rapi serta berdasarkan data pilihanraya dan analisa sentimen yang terkini. Hasil kajian telah tersedia untuk dibincang dalam perundingan pembahagian kerusi dengan PH.

PPBM hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk pucuk pimpinan parti-parti PH dan PPBM berbincang dan memutuskan prinsip-prinsip asas pembahagian kerusi sebelum perkara ini dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kecil Perundingan Pembahagian Kerusi dan Jawatankuasa Teknikal PPBM-PH.

Sehubungan itu, PPBM telah mencadangkan supaya mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pembahagian Kerusi Pilihanraya ditangguhkan dahulu sehingga pertemuan pucuk pimpinan keempat-empat parti diadakan. Walau bagaimanapun, jawatankuasa tersebut meneruskan perbincangan tanpa kehadiran PPBM dan perkara ini telah dimaklumkan kepada kami.

Susulan daripada itu, pihak PPBM telah mencadangkan supaya pucuk pimpinan PPBM dan PH bertemu segera untuk membincangkan prinsip-prinsip asas pembahagian kerusi untuk membolehkan perbincangan selanjutnya di peringkat jawatankuasa perundingan dapat berjalan lancar. Sekretariat PH sedang mengatur pertemuan ini yang akan diadakan dalam masa terdekat.

DATO' SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pembahagian Kerusi PPBM - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top