Latest News

Thursday, 9 March 2017

Jauhi Pihak Yang Mencuri Duit Rakyat - @MukhrizMahathir


Ceramah Mega Anak Muda Pertahankan Kelantan, Selamatkan Malaysia Dari Umno di Pasar Wakaf Bharu, Tumpat, jumaat lalu mengabungkan 3 penceramah dari Parti PAS, PKR dan jugak PPBM.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Bentara Kanan Ust. HJ Ahmad Bin Yaakob mewakili PAS, Yb Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir (PPBM), serta PKR diwakili oleh Ketua AMK Kelantan, Dr Hafiz Rizal dan pemimpin tempatan PAS yang lain.

Pelbagai isu dibawa oleh kesemua penceramah antaranya isu ialah 2.6B, 1MDB, BRIM, hutang negara, kos sara hidup dan lain-lain isu dalam negara.

Dalam Ucapan Timbalan Presiden PPBM, Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir, beliau menceritakan tentang masalah 2.6b yang dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib Razak, malapetaka hutang 1MDB terhadap rakyat, GST dan pelbagai isu lain.

Dato' Seri Mukhriz juga sempat berpesan,

"Kalau nak pupuk perpaduan ummah sekalipun, jauhilah pihak yang mencuri duit rakyat. Bersatulah dengan kami yang melawan kemungkaran itu".

Saksikan video ceramah penuh dari Dato Seri Hj Mukhriz ketika berceramah di Ceramah Mega, Tumpat Kelantan.

Klik Video dibawah,

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jauhi Pihak Yang Mencuri Duit Rakyat - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top