Latest News

Thursday 9 March 2017

Ketua Pemuda, rakan wanita direman 3 hari


JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret, di sini, hari ini membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di negeri ini bersama rakan wanitanya untuk membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan kedua-dua suspek yang berumur 41 hingga 43 tahun ditahan reman bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

Ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lelaki bersama peniaga wanita berkenaan tiba di pekarangan Mahkamah Majistret kira-kira jam 3 petang dengan berpakaian lokap berwarna unggu dan diiringi beberapa anggota polis.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kira-kira jam 5 petang semalam untuk diambil keterangan.

Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki RMMJ melibatkan empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000 sejak tahun lalu.

Difahamkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa mendapati namanya tidak terdapat dalam rekod permohonan selepas membuat semakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri - SH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ketua Pemuda, rakan wanita direman 3 hari Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top