Latest News

Tuesday, 28 March 2017

Muhyiddin: Isu kepimpinan HARAPAN selesai tak lama lagi



Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih cepat isu kepimpinan Pakatan Harapan boleh diselesaikan, ia adalah lebih baik bagi gabungan pembangkang itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung kedudukan samar-samar HARAPAN mengenai siapa akan menjadi calon perdana menteri dan timbalannya jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

"Pemimpin Pakatan Harapan mengakui persepsi bahawa kita perlu lebih bersatu.

"Pakatan ini akan membolehkan kami membincangkan isu seperti kepimpinan dan pembahagian kerusi secara bebas dan ikhlas.

“Lebih cepat kita selesaikan ini, makan ia akan menjadi lebih baik untuk Pakatan Harapan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.

Muhyiddin, berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BERSATU, juga mengumumkan pelantikan pengerusi dan timbalannya untuk kepimpinan parti itu di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.
Katanya, kepimpinan bagi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Perlis akan diumumkan pada masa akan datang.

Muhiyiddin berkata BERSATU tidak akan menubuhkan pejabatnya di Sabah atau Sarawak kerana ia akan menumpukan usahanya pada kawasan di Semenanjung Malaysia. - MKINI
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Muhyiddin: Isu kepimpinan HARAPAN selesai tak lama lagi Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top