Latest News

Friday 24 March 2017

Pakatan Harapan Kedah Lancar Gerak Kerja Bersama Tawan Kedah


Pimpinan Pakatan Harapan Kedah hari ini telah mengadakan mesyuarat pertama mereka di Wisma Amanah Alor Setar.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Kedah Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, Pengerusi PKR Kedah YB Dr Azman Ismail dan Pengerusi DAP Kedah Yb Gooi Hsiao Leong.

Menurut Dr Ismail Salleh, hasil mesyuarat pertama, mereka telah mencapai kata sepakat dan membentuk beberapa jawatankusa gerak kerja bersama untuk turun berjumpa rakyat bagi menawan Kedah.

''Dengan pembentukkan pasukan Pakatan Harapan ini, kita tekat untuk merampas Kedah sekaligus menyumbangkan kerusi untuk tawan Putrajaya". Jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi PPBM Kedah, Dato Seri Mukhriz berkata , beliau begitu gembira kerana Pakatan Harapan Kedah telah membuat mesyuarat untuk kali pertama dan membincangkan pelbagai perkara.

Menurutnya lagi, antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai manifesto Pakatan Harapan Kedah bagi PRU14 untuk ditawarkan kepada rakyat negeri Kedah dan menyakinkan pada rakyat bahawa Pakatan Harapan bersedia menubuhkan Kerajaan baru di Kedah.

Dengan mesyuarat pertama Pakatan Harapan Kedah ini telah menunjukkan Kedah telah bergerak dalam satu pasukan bagi menghadapi pilihanraya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pakatan Harapan Kedah Lancar Gerak Kerja Bersama Tawan Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top