Latest News

Monday 27 March 2017

Cabaran Terhadap Haris Che Mat!


Apabila saya dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI pada tahun 2009, dan kemudiannya dilantik Menteri Besar pada tahun 2013, saya telah mengisytiharkan harta dan liabiliti kepada Perdana Menteri. Tentunya PM masih ada senarai tersebut.

Saya mencabar Haris Che Mat untuk membuktikan bahawa saya mempunyai RM1 bilion diluar senarai yang telah saya isytiharkan itu.

Jika Haris berjaya membuktikannya, saya akan menyumbang RM500 juta untuk pembangunan sekitar Jerlun, dan RM500 juta lagi untuk Pokok Sena.

Jika Haris gagal membuktikannya, Haris pula yang perlu menyumbang jumlah yang sama kepada pembangunan di Jerlun dan Pokok Sena.

Saya juga mencabar Haris untuk menerangkan kepada Rakyat bagaimana Riza Aziz, anak tiri Najib Razak dan anak kandung Rosmah Mansor mendapat kekayaannya untuk membikin filem lucah Wolf of Wall Street yang memakan belanja US$100 juta dan membayar hutang judi US$13 juta di pusat perjudian Las Vegas.

Semoga Haris segera sihat dari sakit misteri yang muncul secara tiba2 kebelakangan ini. Bila hendak jawab soalan yang saya kemukakan sebelum ini?

Berani kerana benar!

Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
ADUN Ayer Hitam
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Cabaran Terhadap Haris Che Mat! Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top