Latest News

Sunday 9 April 2017

Debat Tak Jadi, Mukhriz Cadang Tarikh Baru


1. Menurut laporan akhbar, Pemangku Ketua Polis Daerah Kubang Pasu telah menolak permohonan (pemberitahuan) untuk mengadakan debat antara saya dan Haris Che Mat pada 8 April, 2017 antara lain kerana permohonan itu perlu dibuat 10 hari sebelum tarikh perhimpunan seperti yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

2. Tetapi Haris dalam kenyataan media yang dibuat olehnya menyatakan bahawa :-

"Saya juga cadangkan lagi satu tarikh iaitu pada 15 April kerana mengikut peraturan pihak penganjur hendaklah membuat permohonan (permit) kepada pegawai polis daerah dalam masa 10 hari sebelum program bermula."

Maka apakah alasan yang boleh digunakan untuk menolak cadangan Haris untuk mengadakan debat pada 15 April?

3. Malah saya sendiri telah mencadangkan 27 April atau 5 Mei untuk tujuan yang sama. Saya harap Haris akan memberitahu pihak IPD Kubang Pasu sekali lagi mengenai cadangan tarikh-tarikh itu.

4. Sefaham saya, Akta Perhimpunan Aman 2012 hanya menyatakan bahawa pihak keselamatan perlu "diberitahu" mengenai sesuatu perhimpunan (atau acara debat) 10 hari sebelum tarikh penganjuran. Bukan kuasa polis untuk melulus atau menolak pemberitahuan itu.

5. Saya juga hairan kenapa ada bantahan yang dikatakan dari penduduk dan peniaga yang kononnya bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarga mereka sekiranya debat ini berlangsung. Tentunya debat secara matang boleh dilakukan tanpa mencetuskan pergaduhan sehingga menggugat keselamatan orang awam.

6. Dan bukankah sudah menjadi tanggungjawab Polis untuk mengawal keselamatan awam sambil membenarkan proses demokrasi berlangsung tanpa gangguan?

Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Debat Tak Jadi, Mukhriz Cadang Tarikh Baru Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top