Latest News

Wednesday, 12 April 2017

'Jelajah Semarak' platform PPBM jumpa rakyat



KOTA BHARU - Jelajah Semarak membuktikan tindakan komited membantu rakyat mengubah pentadbiran sedia ada yang dianjurkan Bersatu bermula 14 April ini.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, Jelajah Semarak adalah bertujuan untuk penyatuan semangat seluruh rakyat Malaysia yang tidak berselindung untuk tumbangkan kerajaan sedia ada pada PRU-14 demi menyelamatkan Malaysia.

"Kami berasa amat teruja dengan penerimaan rakyat terhadap Bersatu. Ianya diukur dengan pelbagai cara termasuklah sambutan dan kehadiran rakyat di setiap majlis penerangan anjuran Bersatu seluruh Malaysia.

"Jelas menampakkan suatu momentum rakyat untuk mencari suatu penyelesaian terhadap segala masalah dan isu yang berlaku dalam negara kini," katanya dalam satu kenyataan disini.


Menurutnya, siri pertama jelajah ini akan di adakan di tapak pasar malam Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh pada Jumaat.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Bersatu memberitahu, Pasir Puteh dipilih kerana simbolik kepada permulaan perjuangan menentang kezaliman dan mengembalikan hak rakyat.

"Melalui Jelajah Semarak ini kita akan dapat membongkar isu-isu yang membelenggu rakyat dan menaikkan semangat baru rakyat Malaysia untuk lakukan perubahan total. Selain itu untuk menguatkan sokongan rakyat kepada Bersatu dan parti-parti gabungan.

"Rakyat juga dapat memahami kenapa rakyat perlu bersatu selamatkan Malaysia," katanya.

Laporan Sinar harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 'Jelajah Semarak' platform PPBM jumpa rakyat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top