KENYATAAN MEDIA BEKAS PENGASAS GKCM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam BERSATU.
Saya mewakili bekas Ketua dan Pimpinan cawangan Umno yang telah dipecat/digantung, ingin menyatakan rasa kesal dan terkejut dengan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa kerat ahli GKCM yang telah memperalatkan GKCM untuk melempiaskan kekecewaan mereka setelah tidak dilantik sebagai Ketua Penaja Bahagian PPBM yang diumumkan baru-baru ini.
Lebih dikesalkan, puak DESPERADO ini cuba mencemar reputasi serta nama baik pucuk kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan cuba memberi gambaran salah dan buruk tentang kepimpinan dan urustadbir pucuk pimpinan parti. Malahan mereka turut cuba menjejaskan pandangan umum terhadap kredibiliti Pengerusi PPBM, Ybhg Tun Dr Mahathir sendiri.
Percubaan untuk menarik sokongan dan menyatakan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PPBM dengan memperalatkan GKCM amat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Saya mencabar puak-puak desperado ini “mengisytiharkan” berapa ramai ahli-ahli GKCM berada di belakang mereka. Yang kelihatan Cuma terdapat 2 bekas Ketua Cawangan UMNO dan seorang Bekas Naib Ketua cawangan yang terlibat di dalam Press Release yang dikeluarkan semalam. Lain-lain yang hadir dalam perjumpaan tersebut adalah ahli PPBM yang tidak pernah menganggotai UMNO sebelum ini.
Mereka ini jelas sekali adalah kroni Cikgu Kamarul Azman Habiburrahman yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi Ketua Bahagian di beberapa bahagian di Negeri Sembilan yang diumumkan baru-baru ini.
Cikgu Kamarul Azman adalah anggota MPT yang Dilantik yang juga merupakan Pengerusi GKCM. Beliau tidak hadir di dalam perjumpaan tersebut. Sikap baling batu sembunyi tangan Cikgu Kamarulazman, dengan membiarkan GKCM diperalatkan oleh Puak-puak yang kecewa ini, adalah tindakan menikam belakang pucuk pimpinan dan ini merupakan cubaan jahat untuk memusnahkan kepercayaan ramai terhadap PPBM yang baru ditubuhkan.
Saya adalah pengerusi penganjur pertama sewaktu GKCM awal-awal dibentuk untuk menjadi sebuah pertubuhan. Selepas ditubuh secara rasmi, barulah Cikgu Kamarulazman dilantik sebagai pengerusi GKCM, walaupun beliau sebenarnya tidak pernah menjadi Ketua Cawangan UMNO di Teluk Kemang.
Kami bangkit hari ini untuk memberitahu kisah sebenar di sebalik GKCM. GKCM hari ini hanya tinggal nama kerana sebaik PPBM tertubuh, YB Tan Sri Muhyidin sendiri telah menyarankan, agar gerakan penentangan terhadap Najib menerusi platform GKCM dibubarkan.
Kami, menggesa agar pucuk pimpinan, Pengerusi dan Timbalan Presiden PPBM, tidak melayan sebarang desakan, tekanan serta provokasi yang sedang dimainkan oleh puak-puak desperado ini.
Kami insaf dan sedar serta sedia maklum bahawa, GKCM sudah obsolete secara teknikalnya, dan kami mendesak supaya GKCM ini dibubarkan terus, memandangkan hakikatnya GKCM bukanlah sebuah pertubuhan yang sah atau hakiki dari sudut perundangan (tidak berdaftar dengan ROS).
Kami, dengan ini mneyatakan sokong yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan parti PPBM, khususnya Pengerusi, Ybhg Tun Dr Mahathir, Presiden YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, YB Dato Seri Mukhriz Mahathir dalam mengemudi PPBM sehingga kerajaan BN dapat ditumbangkan, seterusnya mengambilalih kerajaan bersama rakan PH dalam PRU14 yang akan datang.
Kami juga menyatakan sokongan penuh kepada Ketua-Ketua Bahagian yang telah dinamakan oleh Pucuk pimpinan baru baru ini. Kami akan bersama-sama mengembeling kudrat untuk memastikan PPBM bersama PH berjaya mengambilalih Negeri Sembilan pada PRU 14 yang semakin hampir.
Sekian.
Hj Ramli bin Awang
Bekas Pengasas GKCM
Mantan Ketua Umno Cawangan Sua Betong, Teluk Kemang
0 comments:
Post a Comment