Latest News

Wednesday 26 July 2017

Apa Jasa Tun Dr Mahathir pada peneroka Felda?



Tun Dr Mahathir dilantik menjadi PM pada tahun 1981 hingga 2003. Banyak perubahan negara yang beliau telah lakukan dari negara pertanian ke negara industri. Masa Tun Razak buat Felda, orang Felda pun susah-susah semuanya. Tapi sejak dari awal peneroka teroka tanah pada 1970an dan dapatt hasil sawit pada tahun 1980an sehinggalah tahun 1990an, takkan la hidup orang-orang Felda sama saja macam tahun 1970an. Mesti la ada peningkatan dari rumah kecik kepada rumah besar.

Peneroka cuma tanam sawit - kemana buah sawit tu nak dijual? Siapa yang pasarkan sawit-sawit berkenaan ?

Oleh kerana Tun Dr Mahathir ialah Perdana Menteri masa tu, maka beliau telah pergi ke beberapa negara seperti Russia untuk jual minyak sawit. Di barat dan Eropah mereka tak minat dengan minyak sawit tapi mereka lebih pada mengunakan minyak kacang soya. Tun Dr Mahathir "bergaduh" dengan Amerika dan negara-negara Barat bab ini. Negara Eropah seboleh-bolehnya tak bagi sawit Malaysia masuk ke pasaran negara mereka sebab akan beri kesan kepada industri kacang soya.

Bila kita dah maju sikit dengan penyelidikan, kelapa sawit boleh pulak dijadikan "biodisel" dan sekali lagi Barat pun buat macam-macam propaganda, untuk burukkan kelapa sawit.

Hingga kita boleh tukar peralatan ketenteraan dengan Russia untuk tukar minyak sawit.

Kalaulah Tun Dr Mahathir tak bertungkus lumus untuk cari pasaran minyak sawit, takkan kita nak pasar dalam negara saja? Berpunca dari situlah, Felda makin maju hingga terus maju.

Malah pada awal tahun 2000an, peneroka sudah ada yang kaya-raya dan hidup senang.

Itulah sejarah serba sedikit, sumbangan Tun Dr Mahathir pada FELDA.

Sebelum kejatuhan Felda sekarang. Felda perlu diselamatkan. Kembali kelandasan yang sebenar. - admin
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Apa Jasa Tun Dr Mahathir pada peneroka Felda? Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top