Latest News

Wednesday 16 August 2017

PPBM Kubang Pasu buat laporan polis



JITRA - Bersatu Kubang Pasu membuat suatu laporan polis terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang didakwa menyampaikan ucapan berbaur hasutan pada Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu, Sabtu lalu.

Ketua Bahagiannya, Mohd Hairy Md Saad berkata, dia menyedari perkara berkenaan kelmarin, ketika membaca suatu artikel dari laman sesawang, yang dipetik dari laporan pemberita.

"Dalam ucapannya di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, Khairul Azwan ada menyarankan agar ahli Umno Kubang Pasu menentang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bahasa kiasan kepada para perwakilan.


"Malah dia turut menyifatkan Tun M sebagai musuh nombor satu negara dan dengan taktikal ketenteraan, musuh negara mesti ditembak di kepala bagi mematikan musuh,"katanya, ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jitra, petang tadi.


Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairul Azwan itu mendorong kepada hasutan dan memberi impak negatif sekaligus menimbulkan ancaman keselamatan buat Tun M.

"Apa yang dikatakan olehnya boleh disalah tafsir oleh golongan belia yang taksub menyokong parti ini dan mengambil tindakan sepertimana yang disarankan oleh pemimpin parti mereka.

"Malah kenyataan dia juga memberi gambaran bahawa budaya gengsterisme dipupuk oleh kepimpinan kepada ahli yang secara tidak langsung mewujudkan budaya tidak sihat dalam masyarakat,"katanya yang membuat laporan berkenaan sebagai langkah melindungi keselamatan Tun M dan usaha membendung jenayah kekerasan serta gengsterisme di negara ini.

Laporan Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PPBM Kubang Pasu buat laporan polis Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top